Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Britain bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Lelaki tersebut, Paul Geoffrey Stadlen, 39, mempunyai alamat terakhir di Unit A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber SPRM

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Paul Stadlen diminta menghubungi Penguasa Kanan Zuhaila Arip di talian 03-8870 0364 atau emel ke [email protected].

Mereka juga boleh menghubungi Penguasa Fahmee Mohd. Nor di talian 03-8870 0419 atau emel ke [email protected].