Bantuan haji bagi musim 1441H/2020M masih kekal untuk bakal jemaah haji Muassasah kali pertama termasuk mereka yang berjaya dalam permohonan rayuan ibadah itu dengan membayar RM9,980 seperti tahun-tahun sebelum ini, menurut Lembaga Tabung Haji (TH).
TH, menerusi makluman di laman sesawang rasminya pada Selasa, memaklumkan bahawa permohonan rayuan diberi keutamaan kepada mereka yang membuat rayuan sebagai mahram, lanjut usia, pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa menangguh pemergian haji.
Selain daripada merit rayuan berkenaan, keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada giliran jemaah pada tahun 1442H/2021M.
"Sebagai satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang seragam untuk mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji 1441H/2020M ini.
"Borang ini memberi ruang kepada sesiapa yang merayu dan jika terpilih, mereka boleh secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh RM22,900 untuk menunaikan haji secara Muassasah," menurut makluman itu.
Hari ini tular di media sosial kononnya borang rayuan TH menimbulkan kekeliruan serta mempersoalkan rasional perakuan untuk ditandakan persetujuan sama ada secara sukarela bersetuju atau tidak untuk membayar penuh kos RM22,900 tanpa Bantuan Haji TH dan apakah jaminan mereka yang menandakan tidak bersetuju untuk membayar penuh akan menerima pertimbangan adil.
Menurut TH, tidak timbul isu ketidakadilan kerana mereka yang membuat rayuan bebas memilih untuk mendapatkan bantuan haji atau ingin membayar penuh. Keputusan rayuan adalah berdasarkan merit dan bukannya kepada bayaran haji yang akan dibayar bakal jemaah.
Buat julung kali, TH memperkenalkan borang rayuan haji bagi musim Haji 1441H/2020M untuk diisi oleh setiap individu yang membuat rayuan untuk menunaikan haji bagi membolehkan TH mengenal pasti mereka yang mencukupi syarat.
Hari ini, TH mula mengeluarkan surat tawaran haji secara berperingkat kepada pendeposit TH untuk menunaikan ibdah haji pada tahun ini. Kuota rasmi haji Malaysia pada tahun ini meningkat kepada 31,600 berbanding 30,200 jemaah pada musim haji lepas.
Setakat 24 Jan, TH telah menerima 100,000 surat rayuan dikemukakan oleh mereka yang memohon menunaikan haji pada tahun ini dan kesemua mereka perlu mengisi borang rayuan yang diperkenalkan TH tahun ini.
"Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk diproses," menurut TH.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, para pendeposit boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 28 2020
Selain daripada merit rayuan berkenaan, keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada giliran jemaah pada tahun 1442H/2021M. - Gambar hiasan
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Bantuan haji kekal, borang rayuan diperkenal bagi mudahkan pertimbangan - Tabung Haji
Selain daripada merit rayuan berkenaan, keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada giliran jemaah pada tahun 1442H/2021M.