KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan percaya pelaksanaan langkah bantuan dan sokongan bagi mendokong ekonomi negara yang kemas dan pemantauan yang rapi mampu mencapai data yang semakin baik, sekali gus menyokong pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6 hingga 7.5 peratus tahun ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia secara tidak langsung meletakkan Malaysia di landasan yang lebih baik bagi pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara di rantau ini.
"Walaupun hampir semua negara terjejas oleh wabak dan mencatat pertumbuhan negatif pada 2020, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2021 adalah antara yang tertinggi di dunia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-50 menerusi program Bicara Naratif di TV1, malam ini.
Tengku Zafrul berkata projek infrastruktur berskala besar akan diteruskan bagi pertumbuhan yang dipacu pelaburan seperti Sistem Aliran Transit (RTS) JB-Singapura (RM 3.2 bilion), Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) (RM50 bilion), MRT 2 (RM31 bilion), LRT 3 (RM17 bilion), Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) (RM7.5 bilion) dan pembangunan teknologi 5G (RM15 bilion - pembiayaan sektor swasta).
Katanya, melalui pemantauan rapi MoF, pelbagai langkah kerajaan telah berjaya dilaksanakan dan bantuan bernilai berbilion ringgit telah berjaya disalurkan kepada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan rentan, B40, M40 dan mereka yang memerlukan serta pelbagai sektor perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana mikro.
"Walau apapun usaha kerajaan, yang lebih penting adalah keberhasilan bagi setiap langkah yang dilaksanakan.
"Melalui usaha MoF dan agensinya, Laksana, selama 13 bulan lepas, pemantauan teliti telah dijalankan bagi mengesan bagaimana peruntukan disalurkan kepada kumpulan yang disasarkan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia secara tidak langsung meletakkan Malaysia di landasan yang lebih baik bagi pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara di rantau ini. - Gambar fail/BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
MOF komited laksana dasar fiskal progresif kurangkan kemiskinan, ketaksamaan
Sumbangan dasar fiskal terhadap inisiatif mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan adalah minimum dari segi KDNK.
PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.
Harga petrol, diesel kekal dari 31 Ogos hingga 6 September
RON97 akan kekal pada RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter)
Firma AS minat teroka kemasukan operasi perniagaan baharu ke Malaysia
Steven Sim berkata AMCHAM menekankan kepentingan kesinambungan kawal selia untuk membantu memudahkan menjalankan perniagaan.
Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun - MOF
Beri peluang kepada orang ramai secara sukarela bayar cukai yang bertanggungan tanpa penalti atau pada kadar sifar peratus.
MOF serah kepada Bank Negara cari remedi kukuhkan ringgit
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau yakin Bank Negara mempunyai penyelesaian sekiranya AS belum membuat keputusan terhadap permintaan tersebut.
Muhyiddin dakwa tetap akan diheret ke mahkamah atas arahan pihak tertinggi pentadbiran negara
Muhyiddin mendakwa SPRM tidak menemui sebarang bukti terhadap segala pertuduhan yang dikaitkan dengan beliau
Cukuplah mercu tanda sedia ada, saya tak berhajat buat satu lagi - Anwar
Tumpuan sebaliknya diberikan kepada aspek kemampanan pembangunan sesebuah bandar terutama di ibu kota Kuala Lumpur.
Kebakaran di Kementerian Kewangan: Tiada kecederaan, kerugian - MoF
Kementerian Kewangan mengesahkan berlaku kebakaran melibatkan bilik sampah di kompleks kementerian itu di sini pada Selasa.