Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia menyambut baik bantuan kerajaan sebanyak RM500 kepada pemandu perkhidmatan itu yang turut terjejas ketika pandemik COVID-19 melanda negara ini.

Menurut Ketua Hal Ehwal Awam dan Kerajaan, Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat itu dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung ratusan ribu pemandu e-hailing.

"Grab Malaysia mengalu-alukan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri pada hari ini, sudah tentukan RM500 bagi pemandu perkhidmatan e-hailing. Itu boleh membantu beratus ribu pemandu di mana pendapatan mereka terjejas akibat pandemik ini.

"Ketika tempoh getir ini, sebarang bantuan kerajaan mengurangkan bebanan sudah tentu dialu-alukan, di pihak Grab pihak kami telah memindahkan beribu kategori pemandu yang ada sekarang kepada kategori rakan penghantar membantu menampung pendapatan mereka yang terjejas dalam usaha untuk memenuhi permintaan perkhidmatan penghantaran yang semakin meningkat ketika Perintah Kawalan Pergerakan," katanya

Di samping bantuan kerajaan, Grab juga jelas Ebi, turut melancarkan dana khas bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada pemandu e-hailing.

"Grab juga telah lancarkan dana khas untuk rakan kongsi, pemandu dan penghantar ini dengan melancarkan Dana Perlindungi Rakan Kongsi yang menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang terpaksa dikuarantinkan atau menerima rawatan COVID-19.

"Selain itu juga, kita melancarkan Dana Bantuan Rakan Kongsi yang mengabungkan baucar diskaun 50 peratus untuk Grabfood, Grabmart dan Grabpay untuk membantu meringankan beban seharian mereka," jelas Ebi.

Ketika tempoh yang sangat amat sukar bagi semua sektor dinegara ini ujarnya, Grab Malaysia berterima kasih atas sokongan kerajaan terhadap sektor digital dan e-ekonomi agar kekal teguh menghadapi cabaran semasa.