Bantuan semua pihak diperlukan bagi merealisasikan kedatangan 20 juta pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) tahun ini, kata isteri Ketua Menteri Melaka Dalilah Awaludin.
Dalilah yang juga Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Negeri Melaka berkata usaha ini merupakan misi utama kerajaan negeri dalam menyokong pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2020 sekali gus mempromosikan negeri bersejarah ini ke persada antarabangsa.
"Saya percaya dengan segala perancangan rapi yang dibuat dan dengan bantuan semua pihak termasuk kempen mempromosi Melaka melalui tagline 'Melaka The Gateway To Historic Malaysia' serta pendekatan baharu lain, kita yakin boleh diangkat industri pelancongan negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.
"Secara relatifnya, angka 20 juta pelancong ini cukup besar dan agak sukar dicapai. Namun ia bukanlah mustahil," katanya ketika berucap pada majlis makan malam dan penyampaian hadiah Benita's All Ladies Treasure Hunt (ALTH) 2019 di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nurini Kassim, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) Datin Rohana Mustaffa.
Pada 13 Mac lepas, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dilaporkan berkata jumlah pelancong yang berkunjung ke negeri ini meningkat kepada 17.02 juta tahun lepas berbanding 16.79 juta pada 2017, menunjukkan lonjakan sekitar 1.34 peratus.
Sementara itu, Dalilah yang juga Pengerusi Pertubuhan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Pakatan Harapan Melaka (Harwanis) berharap agar kunjungan kembara ALTH kali kedua ke Melaka akan membuahkan kenangan lebih manis yang tidak mudah dilupakan pesertanya.
"Ini kerana kali terakhir peserta ALTH mengembara ke negeri ini pada 2013. Dalam masa enam tahun Melaka Bandaraya Bersejarah ini telah berkembang dengan pesatnya dalam industri pelancongan domestik dengan menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang baharu dan lebih menarik serta lebih menawan hati," katanya.
ALTH anjuran Benita merupakan acara dwitahunan khusus untuk wanita terdiri daripada wartawan, petugas Bernama, anggota Puspanita Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta orang awam.
Tiga pemenang ALTH 2019 bertemakan 'Jejak Hang Li Po' melibatkan lebih 200 peserta dengan 49 kenderaan akan membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM12,000.
Penganjuran ALTH 2019 turut mendapat kerjasama kerajaan negeri Melaka serta beberapa syarikat swasta dan agensi awam lain seperti Mah Sing Group Berhad, Ambank Group, Pos Malaysia, Bank Muamalat, Tesco Malaysia dan Tourism Melaka, Carlo Rino dan Premiera Hotel Kuala Lumpur dan Firefly Airlines.
ALTH kali pertama dianjurkan pada 2011 dari Kuala Lumpur ke Nilai, Negeri Sembilan diikuti Kuala Lumpur ke Melaka pada 2013, Kuala Lumpur ke Lumut, Perak pada 2015 dan Kuala Lumpur ke Pekan, Pahang pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2019
Dalilah (dua, kiri) bersama juara bagi kategori terbuka, kumpulan Vamos Rosas pada majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) All Ladies Treasure Hunt, malam tadi. --fotoBERNAMA
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta
PLKN 3.0 dijangka melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan
Kementerian Pertahanan melaksanakan enam projek pembangunan di kem tentera yang terletak di sepanjang pantai barat Sabah dan Labuan.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
AWAN perlu sedia pelan tindakan Wanita Amanah bagi hadapi PRU16 - Adly
Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) perlu menyediakan Pelan Tindakan Wanita Amanah.
Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
Mindef sasar lebih 8,000 rumah keluarga siap pada 2025
Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan lebih 8,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) siap dibina menjelang 2025.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.
Mindef bina Hospital Kem Terendak baharu bernilai RM325 juta tahun depan
Projek hospital dengan kapasiti 150 katil ini telah diluluskan tahun lepas dengan kos dianggarkan kira-kira RM325 juta.
Kumpulan kedua MALBATT 850-11 bagi misi pengaman berlepas ke Lubnan
Kumpulan kedua MALBATT 850-11 bagi misi pengaman dan kemanusiaan PBB di Lubnan, berlepas dari Pangkalan Udara Subang, Shah Alam, hari ini.