Seorang lelaki mendakwa anaknya maut selepas minum minuman coklat yang dipercayai mengandungi racun di sebuah pusat karaoke di Johor Bahru semalam.

China Press melaporkan mangsa mungkin minum minuman yang sudah dicampur racun berdasarkan kepada keadaan mayat mangsa.

Lelaki berkenaan Hung Rui-Chin, 50 memaklumkan bibir anaknya berwarna hitam akibat diracun.

Mangsa sebelum ini dilaporkan mengeluarkan buih di mulutnya lalu koma dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sementara itu rakan mangsa mengakui mangsa terlebih dos pil khayal.