Bapa mengaku bersalah, rogol dan rakam video lucah anak sendiri umur 12 tahun

Astro Awani
Oktober 6, 2019 10:19 MYT
Tertuduh yang berusia 41 tahun didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menghasilkan video pornografi. - Foto Astro AWANI
Seorang pemandu lori mengaku bersalah atas empat pertuduhan termasuk melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 12 tahun.
Tertuduh yang berusia 41 tahun didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menghasilkan video pornografi.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Durian Penjara, Marang kira-kira jam 11 pagi pada 20 September lalu.
Tertuduh turut mengulangi perbuatan yang sama terhadap mangsa di beranda sebuah rumah di daerah Marang pada 21 September kira-kira jam 5 pagi.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, tertuduh dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii kira-kira jam 11 pagi pada 20 September.
Selain itu, tertuduh turut didakwa menghasilkan video pornografi menggunakan telefon bimbit di sebuah rumah di Marang pada 20 September lalu kira-kira jam 11 pagi.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan tidak kurang daripada enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah di hadapan hakim Jamaludin Mat.
Mahkamah menetapkan 8 Oktober depan untuk fakta dan hukuman.
#Marang #pemandu lori #persetubuhan #rogol anak kandung #Seksyen 376B Kanun Keseksaan #Seksyen 377B Kanun Keseksaan #Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual #sumbang mahram #video pornografi