Seorang bapa tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga bekas kekasihnya, lapan tahun lalu.
Tertuduh, Mohd. Airulnizam Zainal, 26 tahun yang memakai baju T berwarna coklat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun sekitar 9 malam di sebuah rumah di dalam daerah Melaka Tengah pada penghujung Januari 2010.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon agar jaminan tidak dibenarkan dengan mengambil kira faktor tertuduh hanya berjaya dihadapkan ke mahkamah pada tahun ini walaupun waran tangkap telah dikeluarkan pada 14 Julai 2015, selain bimbang mengganggu mangsa serta saksi-saksi pendakwaan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah dibenarkan dengan alasan menanggung keluarga termasuk seorang anak.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Norma membenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, namun jaminan itu akan ditarik serta-merta sekiranya mahkamah mendapati tertuduh mengganggu mangsa.
Beliau turut memerintahkan tertuduh untuk melapor diri di balai polis berdekatan sehingga sebutan semula kes pada 12 April depan.
Raffi Bachik
Tue Mar 13 2018
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah dibenarkan dengan alasan menanggung keluarga termasuk seorang anak. - Foto Astro AWANI
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Bapa tiga anak didakwa rogol bekas kekasih
Seorang bapa tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga bekas kekasihnya, lapan tahun lalu.