Daerah Batu Pahat, Johor merupakan antara daerah yang mencatatkan kadar kemalangan yang tertinggi bagi tempoh 2015-2017, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata untuk itu, kementerian akan berbincang dengan Majlis Daerah Batu Pahat, Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mencari punca mengapa kemalangan jalan raya kerap terjadi di daerah itu khususnya di jalan Ayer Hitam ke Batu Pahat melalui Kluang.
"Kita tahu ada beberapa daerah yang saban tahun mencapai tempat lima tertinggi kadar kemalangan jalan raya. Umpamanya salah satu daerah yang hampir setiap tahun dia Top 5 ialah di Batu Pahat. Ini satu daerah yang saya tahu bahawa memang kadar kemalangannya tinggi walaupun dia punya penduduk tak ramai.
"Di Kuala Lumpur (dan) di bandar-bandar besar, kita tahu ramai orang, (dan) sebenarnya di Kuala Lumpur kadar kemalangan tak setinggi mana berbanding bandar-bandar lain walaupun kenderaan banyak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Yamaha yang ke-21 anjuran Hong Leong Yamaha Motor di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Dr Siti Zaharah Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan Teo Kok Seong dan Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Datuk Jim Khor.
Mengulas lanjut, Loke berkata bagi membendung kemalangan jalan raya, corak penguatkuasaan tidak lagi boleh dijalankan secara konvensional termasuk melibatkan soal saman kepada pemandu dan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan jalan raya.
"Sudah sampai masanya untuk kita melihat bagaimana kita menggunakan teknologi untuk menguatkuasakan undang-undang dan sekarang ini kita banyak bekerjasama dengan pihak pengeluar kereta dan motosikal untuk lihat bagaimana kita boleh serap ciri-ciri keselamatan," katanya.
Dalam soal keselamatan penunggang motosikal yang menyumbang sebanyak 65 peratus terhadap keseluruhan kemalangan maut, Loke yang menjawab pertanyaan pemberita sama ada kerajaan bercadang untuk menaikan had umur memiliki lesen motosikal, berkata kerajaan setakat ini belum lagi membuat keputusan berkenaan perkara itu.
"Kita juga bimbang sekiranya kita menaikkan had umur, ramai pula menunggang tanpa lesen walaupun sekarang ini kita tetapkan pada umur 16 tahun. Kita tahu di kampung-kampung, estet, luar bandar, ada budak-budak umur 12 hingga 15 tahun membawa motosikal (tanpa lesen). Ini sesuatu yang amat sukar kita kawal walaupun apa pun bentuk peraturan (diperkenalkan), tetapi masyarakat terutama ibu bapa tidak mainkan peranan ini juga menyusahkan sebarang penguatkuasaan.
"Jadi saya tak fikir dengan menaikkan had umur bagi mendapatkan lesen akan dapat menyelesaikan semua masalah. Kita memerlukan kerjasama semua orang dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan pesanan yang betul sampai kepada anak-anak dan mendidik anak-anak. Ini sesuatu yang sangat penting," katanya.
Sementara itu, Siti Zaharah ketika ditemui pemberita berkata Selangor, Johor dan Perak adalah antara negeri yang telah mencatatkan bilangan kematian tertinggi setiap tahun.
"Bagi negeri Selangor, jumlah kematian tertinggi bagi tempoh 2015-2017 adalah dengan daerah Kajang merekodkan jumlah yang tinggi iaitu 347, diikuti Klang Selatan (270) dan Kuala Selangor (260) manakala bilangan kematian tertinggi mengikut daerah di Johor bagi tempoh 2015-2017 adalah Batu Pahat (554) diikuti Johor Bahru Selatan (315) dan Kluang (296).
"Bagi negeri Perak pula, bagi tempoh 2015-2017, tiga daerah yang mencatatkan bilangan kematian tertinggi adalah Ipoh (402), diikuti dengan Manjong (261) dan daerah Hilir Perak (232)," katanya.
Mengulas mengenai daerah Batu Pahat itu, beliau berkata antara faktor terjadinya kemalangan adalah berikutan faktor manusia di samping kecenderungan untuk memandu laju kenderaan dalam keadaan jalan lurus.
Beliau berkata kebanyakan kemalangan juga berlaku di jalan persekutuan berbanding jalan-jalan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2019
Bagi membendung kemalangan jalan raya, corak penguatkuasaan tidak lagi boleh dijalankan secara konvensional termasuk melibatkan soal saman. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.