Tutup

Bawa 34 ekor lembu seludup 'berenang' Sungai Golok, lelaki direman

Bawa 34 ekor lembu seludup 'berenang' Sungai Golok, lelaki direman
Serbuan di sebuah kawasan kandang lembu di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor, sekitar jam 11 malam tadi mendapati lembu berkenaan dibawa masuk secara berenang menyeberang Sungai Golok. - Foto Astro AWANI
TUMPAT: 34 ekor lembu dengan nilai RM136,000 untuk pasaran tempatan berjaya dirampas oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am, PGA dari Batalion 7 dan anggota polis dari ibupejabat polis daerah Tumpat, dalam satu serbuan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan, Abdul Rashid Mat Daud berkata, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang merupakan pembekal lembu berkenaan turut di tahan.
Serbuan di sebuah kawasan kandang lembu di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor,  sekitar jam 11 malam tadi mendapati lembu berkenaan dibawa masuk secara berenang menyeberang Sungai Golok.

“Lembu-lembu ini dibawa secara berenang dari seberang dan seterusnya dibawa dalam jarak 900 meter ke lokasi ini secara berjalan kaki dan terus masuk ke kandang, nilai RM136 ribu, (berjumlah) 34 ekor,”  kata Abdul Rashid ketika ditemui di sini hari ini.
Lelaki yang mendakwa pemilik dan pembekal lembu itu di reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes di siasat mengikut seksyen 11 akta kuarantin 2011.

Menurut Abdul Rashid lagi, siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengetahui aktiviti membawa masuk lembu tersebut samada mempunyai rantaian sindiket atau sebagainya.


Tag: Tumpat, Pengkalan Kubor, Kelantan, Pasukan Gerakan Am, polis, siasatan, sindiket, PGA, lembu berenang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.