Seorang ibu muda ditahan selepas dipercayai mendera anak lelakinya yang berusia setahun hingga mengakibatkan bayi itu koma di rumah mereka di Paya Lahar Kepah, Kepala Batas, Rabu lalu.
Kejadian itu disedari pihak Hospital Kepala Batas (HKB) yang merawat bayi malang berkenaan dan mengesan pendarahan otak.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata siasatan awal pihaknya mendapati bayi berkenaan mempunyai kesan lebam di badan, dahi serta pipi.
Berikutan itu, polis menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun, yang juga ibu kanak- kanak itu Khamis lalu bagi membantu siasatan.
"Suspek sebelum itu memaklumkan anaknya terjatuh kira-kira jam 4.30 petang, Rabu lalu mengakibatkan dahinya lebam akibat terhantuk di lantai ruang tamu ketika bermain," katanya.
Bapa mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke HKB dan doktor yang melakukan pemeriksaan mengesyaki mangsa didera.
Suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental, direman 14 hari hingga 6 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Astro Awani
Sun Nov 26 2017
Seorang bayi malang mengalami kecederaan pada otak selepas dipercayai didera oleh ibunya di rumah mereka di Paya Lahar Kepah, Kepala Batas. - Astro AWANI
Insentif SolaRIS Galak Pemasangan Solar: analisis kos dan faedah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah melancarkan Skim Insentif SolaRIS, iaitu program khas untuk menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) di premis kediaman di bawah program Net Energy Metering (NEM).
Ia adalah langkah 'quick wins' untuk memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB). Justeru apakah kos serta faedah hasil insentif ini? apa pula cabaran mendatang terhadap sistem solar negara?
Ia adalah langkah 'quick wins' untuk memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB). Justeru apakah kos serta faedah hasil insentif ini? apa pula cabaran mendatang terhadap sistem solar negara?
Kenaikan indeks harga pengeluar dan prestasi dagangan Februari 2024
Dua indeks yang dikeluarkan DOSM untuk bulan Februari iaitu IHPR dan perdagangan menunjukkan prestasi baik. Apakah maknanya kepada ekonomi dan rakyat serta apakah cabaran mendatang?
Dua pegawai bank antara terlibat dalam sindiket jual beli akaun bank, kad atm
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata ketua sindiket merupakan lelaki Melayu yang memiliki rekod lampau dan pernah ditangkap pada 2021 di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 .
Data & Statistik: prestasi Bursa Malaysia setakat 29 Mac 2024
Di bursa tempatan, Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, menasihatkan pelabur untuk kekal berwaspada dengan peluang belian semasa harga rendah.
Sandro Tonali terus terpalit dengan isu pertaruhan
Tonali didakwa telah melanggar peraturan FA E8 sebanyak 50 kali dengan membuat pertaruhan pada perlawanan antara 12 Ogos dan 12 Okt 2023.
AWANI Ringkas: Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Analisis FBM KLCI: Prestasi dan Jangkaan untuk Suku Kedua 2024
Imran Yassin Md Yusof, Ketua di MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi pasaran saham untuk suku pertama tahun 2024 dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Beliau menghuraikan sektor-sektor yang menunjukkan prestasi cemerlang serta sektor-sektor yang mengalami penurunan pada suku pertama ini. Imran juga memberikan jangkaan dan ramalan MIDF Research mengenai prestasi pasaran saham dan ekonomi untuk suku kedua dan seterusnya.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 Mac 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggiat pasaran dilihat mengelak daripada ketidaktentuan menjelang pengumuman data PCE, dengan mata wang tempatan dan mata wang serantau lain pada umumnya lemah berbanding dolar AS.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Wanita diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam kerana tinggal anak tanpa jagaan
Seorang ibu hari ini diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, kerana mengabaikan tiga anaknya.
Tindakan tegas terhadap individu zalimi kanak-kanak - MB Johor
Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang menzalimi kanak-kanak, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.
Wujudkan jabatan khas tangani isu kanak-kanak didera, buli - Permaisuri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah agar kerajaan melihat kepada kemungkinan mewujudkan sebuah jabatan khas untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan dan buli.
Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya
Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak kepada bahaya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal.
Wanita didakwa abai bayi hingga meninggal dunia
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan hingga menyebabkan kematian, awal bulan ini.
Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya sudah mulai senyum dan menyapa apabila dipanggil namanya.
Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba
Ras Adiba sarankan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman lebih berat dan setimpal.
Wanita ditahan bantu siasatan bayi diasuh mati lemas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung seorang bayi perempuan berusia 18 bulan yang dijaganya meninggal dunia dipercayai kerana lemas.
KPWKM kaji semula Akta Kanak-Kanak 2001
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mengkaji semula Akta Kanak-Kanak 2001 yang kali terakhir dipinda pada 2016.