MALAYSIA telah wujud sebagai sebuah negara berdaulat dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selama lebih 60 tahun.
Pengenalan
Semenanjung Melayu yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 pernah didominasi oleh beberapa entiti politik yang berpusat di luar Semenanjung tetapi masih dalam rantau Kepulauan Melayu, iaitu Srivijaya dan Majapahit. Ibukota Srivijaya adalah di Palembang, Sumatera Selatan dan Majapahit ditadbir dari ibukotanya, Trowulan di Jawa Timur.
Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan berdaulat pertama di Semenanjung Melayu yang kekuasaannya diiktiraf kuasa besar seperti Dinasti Ming di China pada kurun ke 15 Masihi.
Sekiranya Melaka tidak runtuh pada tahun 1511, senario politik kedaulatan ke atas Tanah Melayu akan berbeza dengan apa yang ada sekarang. Sempadan utara Melaka akan melampaui perbatasan Thailand-Malaysia pada hari ini dan perbatasan di selatan Semenanjung akan melangkaui Johor Bahru. Persisiran timur Sumatera (provinsi Riau di Indonesia) mungkin akan masih berada di bawah pentadbiran Melaka, seperti yang diilustrasikan dalam Peta 1:
Kejatuhan Melaka pada 1511 menggalakkan pertumbuhan kerajaan-kerajaan Melayu lain seperti Aceh, Johor-Riau dan Pattani. Kesultanan-kesultanan ini merupakan kerajaan serantau yang hebat menentang kuasa Portugis di Melaka.
Ditubuhkan pada 1496, Kesultanan Aceh pernah meletakkan Kedah, Pahang dan Perak dibawah tampuk kekuasaannya. Kesultanan ini menempuh zaman kegemilangannya sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar Muda pada kurun ke 17 Masihi. Sekiranya kedaulatan Aceh kekal padu, Semenanjung Tanah Melayu akan kelihatan seperti ini hari ini:
Kesultanan Johor-Riau, yang ditubuhkan pada 1528 pernah mendominasi kawasan selatan Semenanjung dan kepulauan Riau. Kesultanan ini mewarisi banyak wiayah yang pernah berada di bawah jajahan takluk Melaka dan menggapai kegemilangan pada kurun ke 17 Masihi. Sekiranya Kesultanan Johor-Riau tidak dibahagikan menerusi Perjanjian British-Belanda 1824 dan wilayahnya kekal sehingga ke hari ini, Semenanjung akan kelihatan seperti ini hari ini:
Kesultanan Pattani juga menjadi masyhur setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Ia sebuah kerajaan Melayu yang utuh sebelum dijarah Siam pada tahun 1785. Sewaktu puncak kekuasaannya, Pattani menguasai bukan sahaja wilayah Pattani, tetapi juga Yala, Narathiwat, Satun, Kelantan dan Terengganu. Sekiranya Pattani tidak dijadikan jajahan Siam, beginilah bentuk kekuasaan politik di Semenanjung pada hari ini:
Sekiranya ketiga-tiga kesultanan ini tidak dijajah atau dijadikan negeri naungan kuasa asing, Semenanjung Tanah Melayu mungkin dibahagi di bawah 3 sfera kekuasaan – selatan milik Johor-Riau, tengah milik Aceh dan utara di bawah pentadbiran Kesultanan Pattani.
Aceh runtuh pada tahun 1903 dan Johor-Riau telah dipecahkan oleh British dan Belanda pada tahun 1824. Kesultanan Johor kekal dalam Malaysia pada hari ini manakala Kesultanan Riau hanya tinggal sejarah setelah dihapuskan Belanda pada tahun 1911. Pattani pula dijadikan sebahagian dari Siam secara rasmi pada tahun 1909. Tidak seperti Belanda dan Portugis, pihak British adalah satu-satunya kuasa Barat yang berjaya mendominasi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu.
Penempatan British yang pertama di Semenanjung adalah Pulau Pinang pada tahun 1786. Kemudian, Singapura diambil dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan Melaka ditukarkan dengan Bengkulu bersama Belanda pada tahun 1824. Ketiga-tiga negeri ini dijadikan negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Negeri-negeri Melayu yang lainnya, iaitu Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor dijadikan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) oleh British pada tahun 1895.
Negeri-negeri Melayu utara iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis telah menjadi naungan Siam pada ketika yang sama. Johor kekal merdeka dan ini diiktiraf sendiri oleh British pada tahun 1885 menerusi Perjanjian Persahabatan yang ditandatangani oleh Sultan Abu Bakar dan Sir Frederick Arthur Stanley.
Sekiranya British Malaya hanya terdiri daripada NNMB dan negeri-negeri Selat, rakan senegara kita yang dari Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis mungkin akan jadi rakyat Thai, seperti mereka yang dari Pattani, Yala dan Narathiwat pada hari ini. Sempadan Thai mungkin akan tersebar sejauh Kemaman di Terengganu pada hari ini. Johor pula mungkin akan menjadi sebuah kesultanan merdeka sekiranya ia tidak membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Seperti yang ditunjukkan dalam Peta 5, Semenanjung Tanah Melayu mungkin akan lebih kecil saiznya, dengan sempadan utaranya hanya setakat Sungai Muda, perbatasan semulajadi di antara Pulau Pinang dan Kedah. Sempadan selatannya mungkin setakat Sungai Kesang yang membahagikan Melaka dan Johor.
Akhirnya sebelum menjelangnya kemerdekaan, NNMB, negeri-negeri Melayu utara dan negeri-negeri Selat membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 yang akhirnya menjadi negara berdaulat pada tahun 1957.
Kesimpulan
Artikel ini hanya menunjukkan idea umum bagaimana keadaan politik di Semenanjung hari ini sekiranya ia bukan seperti apa yang kita lihat sekarang.
Walaupun Tanah Melayu dijajah ratusan tahun, rakyat Malaysia haruslah bersyukur kerana ia tidak hilang selama-lamanya, seperti mana rakyat orang asli Australia kehilangan kekuasaan ke atas tanahnya sendiri, seperti mana masyarakat Inca dan Aztec didominasi penjajah Sepanyol, seperti mana orang-orang Asli ‘Red Indian’ di Benua Amerika menjadi minoriti di tanah asal mereka sendiri.
Bersempena bulan kemerdekaan 2019, rakyat Malaysia haruslah sentiasa mendukung aspirasi kerajaan untuk terus menjadi negara yang dihormati, disegani dan dipandang tinggi. Janganlah kita persoalkan perkara-perkara yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan kerana inilah yang telah menjamin perpaduan kaum dalam Malaysia sehingga hari ini.
NOTA: Wilayah-wilayah yang diilustrasikan dalam Peta 1 sehingga Peta 4 hanya menunjukkan kawasan pengaruh dan tidak menggambarkan wilayah kedaulatan sebenar kerajaan-kerajaan tersebut
* Leftenan Komander (Kehormat) Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli ialah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan anggota pasukan simpanan sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
** Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli
Thu Aug 08 2019
Sempena Bulan Kemerdekaan 2019, rakyat Malaysia harus sentiasa mendukung aspirasi kerajaan untuk terus menjadi negara yang dihormati, disegani dan dipandang tinggi. - Gambar hiasan
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
PM Anwar beri bayangan tiada cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan. Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua rakyat perlu mempunyai semangat untuk bekerja.
Jalan TAR meriah namun ramai jalan berlenggang, tangan kosong
Majoriti daripada pelanggan jalan berlenggang, tangan tidak langsung membawa beg plastik, kebanyakannya hanya cuci-cuci mata, atau bahasa lainnya ‘window shopping’.
Tumpuan Jumaat - 29 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Demi cinta, sanggup curi peti sejuk nak bayar ansuran motor kekasih
Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mencuri peti sejuk dan mesin basuh di sebuah rumah, gara-gara mahu membantu membayar duit ansuran kekasihnya.
Tentera laut Indonesia tunda bot pelarian Rohingya ke pelabuhan terdekat
Indonesia yang pada awalnya mahu menghantar pulang bot itu, memutuskan untuk membenarkan pelarian mendarat atas dasar kemanusiaan.
Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat
Golongan yang aktif dengan permainan PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam di Aceh.
300 pelarian Rohingya ditemui di Aceh
Menurut pihak berkuasa, kumpulan itu tiba di Pantai Ujong Blang dengan sebuah kapal.
Majlis ulang tahun ke-15 memperingati bencana tsunami Aceh
Walaupun sudah 15 tahun berlalu, pasti ramai yang tidak dapat melupakan kejadian bencana alam tsunami di Aceh yang meragut lebih 230,000 nyawa di beberapa negara.
"Kenapa tidak bangkit isu Aceh? Saya menolong orang Islam"- Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menegaskan bahawa beliau bukan anggota kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Beginilah peta Semenanjung sekiranya...
Malaysia telah wujud sebagai sebuah negara berdaulat dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selama lebih 60 tahun.
Enam pasangan disebat akibat kantoi berkhalwat
Enam pasangan dijatuhkan hukuman sebat di khalayak ramai kerana menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan di wilayah Aceh pada Isnin.
Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta
Peningkatan harga tiket penerbangan domestik yang naik berkali ganda mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang.
Kalau dah jodoh tak ke mana, perawan 60 tahun temui 'pucuk muda'
Usia ternyata bukan penghalang cinta, begitulah yang terjadi apabila seorang perawan berusia 60 tahun menikahi suaminya yang jauh lebih muda.