Tutup

Bekalan air bersih Kampung Air Ganda Temenggor pulih

Bekalan air bersih Kampung Air Ganda Temenggor pulih
Ahmad Faizal berkata, Lembaga Air Perak (LAP) berjaya menyiapkan projek itu dalam tempoh lima minggu, lebih awal berbanding tiga bulan perancangan awal. - Gambar fail
IPOH: Bekalan air bersih kepada lebih 1,500 penduduk Kampung Air Ganda, Temenggor di Hulu Perak yang terjejas sejak 9 April lalu berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Air Ganda, kembali pulih mulai Selasa, 14 Februari lalu.

Bekalan telah disalurkan melalui pemasangan paip sepanjang 11.5 kilometer dan pam penggalak yang baharu daripada LRA Lawin.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Lembaga Air Perak (LAP) berjaya menyiapkan projek itu dalam tempoh lima minggu, lebih awal berbanding tiga bulan perancangan awal.

Menurutnya, bagi membekalkan air daripada LRA Lawin, LAP telah membelanjakan sebanyak RM1.32 juta untuk projek ini.
“Dengan siapkan projek yang saya sebutkan, penduduk Air Ganda akan dapat menjalankan ibadah puasa dan merayakan hari raya yang akan datang dengan selesa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan syarikat berkaitan kerajaan Digital Perak Corporation Holdings di sini, pada Khamis.

Menurutnya, bekalan air yang diterima itu boleh digunakan untuk memasak makanan dan minum, di samping untuk kegunaan lain.

Pada 9 April lalu, Lembaga Air Perak (LAP) memberhentikan operasi LRA Air Ganda serta-merta selepas diarahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, susulan penemuan sisa arsenik, sejenis logam berat dalam sampel air Sungai Rui.

Tag: bekalan air, penduduk kampung, kampung air ganda, tenmenggor, hulu perak, loji rawatan air, lra, lra lawin, ahmad faizal azumu, lembaga air perak, ramadan, aidilfitri


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.