Gangguan bekalan air sementara di beberapa kawasan di sekitar Klang dan Kuala Langat akibat kerja pembaikan paip pecah di Bandar Bukit Raja, Klang, dijangka pulih secara berperingkat mulai 12 tengah hari esok.

Kawasan yang terjejas di Klang ialah Batu1 hingg 9 Jalan Kapar, Batu 1 hingga 3 Jalan Meru, Jalan Pekan Baru, North Port, Bandar Sultan Sulaiman 1, 2 dan 3, Kampung Keretapi, Kampung Sungai Sireh serta Bukit Tinggi 1 dan Bukit Tinggi 2.

"Kawasan lain ialah Bandar Botanik, Ambang Botanik, Bandar Puteri, Bandar Parklands, Bayumas, Glenmarie Cove dan Bandar Putera 2," kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini.

Di Kuala Langat, kawasan yang mengalami gangguan bekalan air melibatkan Taman Seri Medan, Batu 7 Sijangkang, Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kg Medan, Taman Desa Sijangkang, Taman Rivera Perdana , Taman Permai Sijangkang, Taman Sijangkang Indah, Taman Medan Indah dan Taman Perwira.

Pengguna boleh merujuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan itu di laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar 'mySyabas'. -- BERNAMA