Pemulihan bekalan air di wilayah Klang mencapai tahap 99 peratus setakat pukul 6.00 petang ini, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, Syabas turut menyatakan pihaknya sedang menumpukan usaha untuk memulihkan bekalan air di Bandar Putera 2, Bandar Parkland dan Taman Sentosa.

"Pusat Khidmat Setempat akan terus beroperasi di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas bagi memberi bantuan kawasan-kawasan yang terjejas," kata kenyataan itu.

"Sehubungan itu, kerjasama semua pelanggan agar tidak membuat simpanan bekalan air melebihi penggunaan amatlah dihargai bagi membantu kelancaran proses pemulihan," tambahnya.

-- BERNAMA