Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal siasat bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim berhubung kes pembelian tanah berharga RM2 bilion.

Menurut akhbar The Star hari ini, Muhammad telah berjumpa dengan pihak SPRM 'beberapa kali' berkenaan dengan pembelian tanah itu, yang dinamakan sebagai 'Lot 41'.

BACA: BNM pertahankan keputusan membeli tanah sebanyak RM 2 bil

BACA: Laporan asal Astro AWANI tentang pembelian tanah oleh BNM dengan harga RM 2 bil

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa pembelian tanah tersebut adalah untuk membayar hutang 1MDB.

Akhbar The Star juga melaporkan, terdapat beberapa pegawai BNM berasingan, termasuk seorang Penolong Gabenor dan seorang bekas Penolong Gabenor, juga disoal oleh SPRM berkaitan kes serupa.

BACA: Empat pegawai Bank Negara diarah bercuti, tunggu siasatan selesai

Hartanah Mampan Sdn Bhd - syarikat tujuan khas ('Special Purpose Vehicle' atau 'SPV') Kementerian Kewangan - yang menjual tanah itu kepada BNM, diperbadankan pada 19 Oktober 2017.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah merupakan salah seorang daripada empat pengarah SPV itu.

BACA: Muhammad Ibrahim sah letak jawatan