Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini menyelar tindakan seorang bekas hakim yang membuat kenyataan umum tanpa disokong statistik atau fakta.
"Kalau mahu buat kenyataan, buat kajian betul-betul, bukan hanya 'general statement' begitu.
"Ini tidak adil kepada badan kehakiman jika (dibuat) tanpa meletakkan statistik atau kajian," kata beliau sambil menyatakan rasa terkejutnya.
Arifin berkata, seorang bekas hakim perlu lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kerana kedudukan mereka dipandang tinggi masyarakat, menjadikan percakapan itu diambil serius.
Beliau menimbulkan perkara itu ketika bercakap kepada pemberita selepas marasmikan Pelaksanaan Projek e-Kehakiman Fasa 2 di Kompleks Mahkamah Kuantan di sini, hari ini.
Turut hadir Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Seri Mariana Yahya dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.
Arifin diminta mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah di media semalam, bahawa hakim mahkamah dilihat bersikap berlembut dalam mengenakan hukuman terutamanya kepada pesalah jenayah rasuah.
Mohd Noor dilaporkan berkata mereka yang terlibat rasuah perlu dikenakan hukuman penjara dan bukannya didenda yang tidak seberapa dibandingkan dengan jumlah besar wang diterima dalam kesalahan itu.
Arifin berkata, beliau 'terkejut' apabila seorang bekas hakim boleh mengeluarkan kenyataan umum sedemikian tanpa merujuk kepada statistik atau kes tertentu sebagai sokongan.
"Sebagai hakim yang telah bersara atau mana-mana hakim sekali pun, kalau kita hendak buat kenyataan, kena 'back up' (sokong) dengan statistik atau kes tertentu.
"(Jadi) Ini kita tidak boleh pertimbang sangatlah... macam cakap kosong.
"Hakim apabila bercakap, tidak boleh cakap kosong dan saya harap bekas hakim pun kena amalkan benda yang sama," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai e-Kehakiman Fasa 2, Arifin berkata sistem dalam talian itu telah dibangunkan sejak Disember lalu dan akan diperluaskan kepada semua kes sivil dan kes jenayah di semua peringkat mahkamah.
Katanya, sistem e-Kehakiman Fasa 2 telah dilaksanakan secara perintis di Kompleks Mahkamah Melaka dan Kuantan dan maklum balas yang baik membolehkan ia diperluaskan ke 18 lokasi mahkamah lain dalam tempoh sehingga Julai ini.
Sistem itu, seterusnya akan diperluaskan ke 88 lokasi mahkamah lain di Semenanjung Malaysia pada tahun 2018, tambah beliau.
Arifin berkata sistem e-Kehakiman Fasa 1 yang dimulakan pada 2010 melibatkan aplikasi utama e-Filing System dan Case Management System terbukti memudahkan proses pembaikan dan pemprosesan dokumen serta pengurusan kes mahkamah.
"Semua maklumat berkaitan kes mahkamah dapat diakses dengan cepat dan real time (masa sebenar).
"Warga mahkamah juga boleh berbangga kerana insiden seperti fail hilang atau kes tidak disenaraikan sudah menjadi sejarah," katanya.
Sehubungan itu, Arifin optimis bahawa kejayaan pelaksaan e-Kehakiman Fasa 2 akan memberi pengalaman yang berguna dalam usaha membangun dan melaksanakan projek berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi untuk bidang kehakiman pada masa akan datang. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 29 2017
TUN ARIFFIN: "Kalau mahu buat kenyataan, buat kajian betul-betul, bukan hanya 'general statement' begitu." - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Bekas hakim, peguam swasta dilantik jadi pengantara bagi proses mediasi - Azalina
Khidmat bekas hakim dan peguam diperlukan untuk dilantik sebagai pengantara bagi menjalankan proses mediasi di Jabatan Bantuan Guaman (JBG).
Pesara hakim, balu saman kerajaan, PM berhubung kegagalan kenaikan pencen
Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan.
Bekas hakim, timbalan pendakwa raya, peguam bebas tuduhan terima rasuah
Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, dua tahun lepas.
Laporan audit 1MDB: Najib gagal gugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan
Ini merupakan cubaan kali ketiga Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes jenayah berkaitan 1MDB itu.
Penghakiman dua bekas hakim kanan dilindungi doktrin de facto - Mahkamah Persekutuan
Tengku Maimun berkata doktrin de facto adalah bertujuan memelihara integriti keputusan kehakiman dan melindungi keputusan hakim daripada serangan kolateral.
Bekas hakim, peguam didakwa terima rasuah
Tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, Julai lepas
Najib, Shafee gagal dalam usaha batalkan pelantikan Sri Ram ketuai pasukan pendakwaan
Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Azizah Nawawi, menolak dalam kamarnya, permohonan oleh Najib dan Muhammad Shafee bagi kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.
Hamid perlu buat laporan untuk dapat perlindungan saksi - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, ketika ini Putrajaya masih belum membuat keputusan mengenai ini memandangkan Hamid masih belum membuat laporan polis atau laporan kepada mana-mana pihak berkuasa.
Peru keluar waran tangkap antarabangsa ke atas bekas hakim
Dalam satu sidang media Perdana Menteri, Cesar Villanueva berkata, pada 7 Oktober bekas hakim itu dilaporkan meninggalkan negara Peru melalui pintu sempadan di utara secara haram.
Undang-undang tak halang hakim bersara beramal - Majlis Peguam Malaysia
Majlis Peguam Malaysia menyatakan pendirian berbeza ke atas isu berhubung tindakan hakim bersara yang kemudiannya menjadi peguam bela.