Seorang bekas Pengarah Urusan anak syarikat Felcra, Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC) mengaku tidak bersalah hari ini atas 33 pertuduhan menyeleweng dana dan agihan kontrak bernilai hampir RM1.6 juta.

Rohaizat Ahmad, 54, dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah dan Seksyen 24 akta yang sama.

Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa me­manipulasi sebut harga selain mel­antik hampir 10 syarikat luar dimiliki oleh ang­gota keluarga dan kenalannya bagi membekalkan tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus dikendalikan anak syarikat Felcra itu.

Tertuduh diwakili Peguam Hamidi Mohd Noh dan Aiman Abdul Rahman manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya SPRM.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport antarabangsanya serta melapor diri setiap bulan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sehingga kes selesai.