PUTRAJAYA:Bekas pesakit COVID-19 yang sudah pulih diminta untuk tampil menyertai kajian dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai virus berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata bagi memastikan KKM dapat melaksanakan satu kajian bermakna ataupun ditafsirkan dengan baik, pihaknya memerlukan 275 individu yang dijangkiti dan sudah pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.
"Tetapi, setakat ini kita hanya ada 106 orang yang telah didaftarkan dalam kajian tersebut," katanya pada sidang media harian berkenaan perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Beliau berkata individu berkenaan digalakkan menyertai kajian itu untuk melihat status antibodi mereka sama ada berkekalan atau sebaliknya.
"Pada setiap tiga bulan, kita akan jalankan rawatan susulan kepada mereka yang telah pulih untuk melihat perkembangan terkini dan menggalakkan mereka menyertai kajian tersebut supaya kita dapat melihat kepada antibodi itu sama ia ada berkekalan atau tidak," katanya.
Beliau berkata banyak persoalan mengenai virus itu memerlukan maklum balas dan kajian yang dilakukan akan memberikan jawapan terhadap perkara berkenaan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebarang pilihan raya masih tidak sesuai diadakan sehingga pandemik COVID-19 di negara ini, terkawal dan kadar kebolehjangkitan (RO) berada di bawah 0.3.
Bagaimanapun, beliau berkata jika pilihan raya tersebut terpaksa diadakan, KKM mencadangkan tiga perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu tiada rentas sempadan, tiada perhimpunan ramai dan tiada tinjauan mesra dan kempen dari rumah ke rumah.
"Pada masa ini, masih belum sesuai pilihan raya diadakan kerana RO masih belum mencapai sasaran iaitu (bawah) 0.3.
KKM mengambil maklum jika pilihan raya perlu diadakan mengikut ketentuan undang-undang, kita cadangkan tiga prinsip tersebut untuk kurangkan kesan penularan wabak COVID-19," katanya.
Beliau berkata KKM masih berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya jika ia terpaksa diadakan.
Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi, meminta agar Pilihan Raya Umum (PRU) segera diadakan selepas pandemik COVID-19 dapat dikawal dan berada di tahap minimum.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 30 2020
Bekas pesakit COVID-19 yang sudah pulih diminta untuk tampil menyertai kajian dijalankan KKM mengenai virus berkenaan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.