Dua orang maut dan tiga lagi cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung, Selangor pagi Sabtu.

Kejadian melibatkan dua buah kereta iaitu Toyota Caldina dan Toyota Fortune.

Difahamkan, salah seorang mangsa yang cedera parah adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim,

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu.