BARU-BARU ini menteri kewangan kita telah membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2020. Ramai yang teruja mendengar pembentangan beliau. Ini terutama sekali di kalangan yang mendapat 'habuan’ daripada perbelanjaan tersebut.
Dari segi kementerian, yang paling banyak mendapat habuan ialah Kementerian Pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM64.1 bilion disusuli oleh Kementerian Kewangan dengan peruntukan RM37.8 bilion dan Kementerian Kesihatan sebanyak RM30.6 bilion.
Kumpulan usahawan Bumiputera mendapat peruntukan sebanyak RM445 juta bagi tujuan membantu mereka dari segi kewangan, tapak perniagaan dan latihan. Ahli perniagaan di Kedah akan mendapat habuan khas kerana kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM50 juta untuk membangunkan Zon Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam seluas 100 ekar.
Ini hanya sebahagian daripada senarai yang panjang kategori rakyat yang mendapat habuan daripada perbelanjaan kerajaan sebanyak RM297.02 billion. Kata Perdana Menteri, “Saya rasa rakyat gembira, hampir setiap orang mendapat sesuatu.”
Namun apa yang kurang disedari oleh rakyat ialah belanjawan ini adalah berbentuk defisit di mana sebanyak 3.2 peratus daripada perbelanjaan adalah melebihi pendapatan kerajaan.
Dalam erti kata yang lain, sebenarnya pada tahun hadapan kerajaan merancang untuk berhutang sebanyak RM53 bilion untuk membiayai perbelanjaannya. Ini juga bermakna hutang terkumpul kerajaan akan bertambah dan begitu juga bayaran interest atau bunga ke atas hutang tersebut.
Sudah tentu kita perlu akui bahawa masalah hutang kerajaan ini adalah warisan daripada kerajaan sebelum ini. Sebagai contoh, skandal 1MDB sahaja telah membebankan kerajaan sebanyak RM150 bilion. Bayaran interest ke atas hutang 1MDB sahaja adalah lebih daripada RM5 bilion bagi tahun 2019 dan 2020.
Ketirisan yang berlaku sebelum ini selama puluhan tahun mungkin juga telah mengakibatkan ratusan bilion dana kerajaan telah dibazirkan. Akibatnya hutang kerajaan yang hanya berjumlah kurang daripada RM5 bilion pada tahun 1970 sekarang sudah melebihi RM750 bilion atau lebih kurang 50 peratus berbanding Keluaran Negara Kasar (KNK) Malaysia.
Jika dicampurkan sekali jaminan kerajaan ke atas hutang syarikat milik kerajaan, jumlahnya adalah lebih daripada RM1 trilion atau lebih kurang 77 peratus berbanding KNK Malaysia walaupun kerajaan mengatakan bahawa ia telah melakukan beberapa tindakan untuk mengurangkan jumlah hutang dan tanggungannya daripada 79 peratus berbanding KNK pada tahun 2017.
Ini bermakna purata hutang kerajaan yang ditanggung oleh setiap warganegara Malaysia telah meningkat dari kurang dari RM462 pada tahun 1970 menjadi RM30,674 sekarang ini. Beban hutang ini tidak mengambik kira hutang isi rumah yang di Malaysia yang berjumlah juga lebih dari RM1 trilion.
Apa yang tidak dinafikan ialah dengan beban hutang sebegitu tinggi, rakyat Malaysia akan terpaksa menyumbang wang sebanyak lebih daripada RM50 bilion setahun melalui cukai hanya untuk membayar bunga ke atas hutang tersebut.
Untuk mendapat gambaran sebenar, kutipan GST oleh kerajaan BN pada tahun 2017 adalah RM44 bilion sementara kutipan SST oleh kerajaan PH pada tahun lepas adalah RM22 bilion sahaja. Ini bermakna kutipan cukai oleh kerajaan adalah tidak mencukupi untuk menjelaskan bayaran interest ke atas kesemua hutang dan tanggungan kerajaan.
Implikasi daripada semua ini ialah kerajaan kita sebenarnya sekarang sedang terbelit dengan hutang akibat daripada polisi selama ini yang memandang enteng kepada isu hutang kerajaan. Walaupun negara kita belum mencapai tahap krisis yang teruk seperti Greece dan Venezuela, namun kita semua mesti insaf dan sedar bahawa jika kita tidak mengawal pertumbuhan hutang ini, lambat laun negara kita akan sampai ke tahap yang sama terutama sekali jika kerajaan mula mencari sumber hutang daripada luar negara.
Sebagai orang Islam, kita juga jangan lupa bahawa sebenarnya amalan berhutang daripada sumber Riba (atau daripada organisasi kewangan yang mendapat untung daripada hutang-hutang tersebut) adalah satu kemungkaran serius yakni dosa besar dan mengundang kemurkaan daripada Allah.
Mana-mana masyarakat yang mendapat kemurkaan daripada Allah sudah tentu tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Kemungkinan besar salah satu daripada kesan kemurkaan Allah kepada masyarakat kita adalah konflik yang semakin serius, sama ada di antara kaum bahkan juga sesama kaum.
Ini tidak menghairankan kerana apabila masyarakat berasa hidup mereka sempit akibat daripada masalah kewangan, mereka lebih senang berbalah di antara satu sama lain tanpa menyedari bahawa punca masalah ialah sistem Riba yang sedang mereka amalkan.
Sebagai rumusan, apa yang patut disuarakan dan dibincangkan oleh masyarakat Malaysia, terutama sekali daripada kalangan yang beragama Islam bukannya jumlah habuan yang mereka telah terima daripada belanjawan ini.
Sebaliknya mereka patut berbincang bagaimanakah mereka boleh membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan supaya beban hutang kerajaan dapat dikurangkan atau dihapuskan terus satu hari nanti. Sepatutnya masyarakat mempunyai cita-cita yang kuat untuk membebaskan kerajaan dan negara daripada terbabit dengan amalan Riba yang terkutuk.
Oleh itu rakyat harus mengkritik mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu, walaupun perbelanjaan tersebut menguntungkan mereka dari segi peribadi. Konsep Maqasid Shariah yang mengklasifikasikan aktiviti atau sektor kehidupan berdasarkan Maqasid Daruriyyat (Keperluan), Hajjiyah (Memudahkan) dan Tahsinyyat (Mencantikkan) perlu digunakan dalam menentukan prioriti atau keutamaan dalam perbelanjaan kerajaan.
Akhir sekali, banyak aktiviti kerajaan terutamanya yang berbentuk keagamaan (seperti membina masjid, melakukan aktiviti dakwah, membiayai pendidikan anak-anak, membantu orang miskin dan lain-lain) sepatutnya dibiayai terus oleh rakyat yang berpendapatan tinggi tanpa memerlukan penglibatan dan perbelanjaan kerajaan. Dengan itu perbelanjaan kerajaan boleh dikurangkan pada masa akan datang.
Sudah tentu ini memerlukan perubahan sikap daripada semua anggota masyarakat di mana mereka saling gemar bantu membantu di antara satu sama lain serta sanggup berkorban kepentingan mereka sendiri demi memastikan masyarakat dan negara akan sejahtera dalam jangka panjang.
Untuk itu, aktiviti dakwah dan tarbiah perlu digiatkan lagi agar masyarakat mempunyai pandangan hidup (worldview) Islam yang sebenar di mana kejayaan yang hakiki yang patut dikejar adalah di akhirat nanti, sementara hidup di dunia yang fana ini adalah untuk menabur bakti, beramal solih dan mengumpul pahala dan bukan untuk mengumpul harta dan kesenangan semata-mata.
* Prof Nazari Ismail ialah mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya. Beliau juga aktif menggerakkan usaha pemulauan dan sekatan (Boycott, Divestment, Sanctions – BDS) menentang kekejaman Zionis Israel terhadap rakyat.
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Nazari Ismail
Sun Oct 20 2019
Purata hutang kerajaan yang ditanggung oleh setiap warganegara Malaysia telah meningkat dari kurang dari RM462 pada tahun 1970 menjadi RM30,674 sekarang ini. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu
Memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion, ia sememangnya satu jumlah yang amat besar berbanding belanjawan negara sebelum ini.
CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat
Penebusan awal gantian cuti rehat melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.
PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jangkaan penurunan tersebut disebabkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan.
Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid
Katanya, dengan adanya kenaikan elaun itu, secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat dan kualiti para guru dalam menjalankan tugas mendidik.
Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehnya adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.
15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.
Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang melabur sebanyak RM21.6 bilion dari tahun 2019 hingga 2023 bertujuan merancakkan ekonomi digital negara.