Tiada 'kluster gunting rambut' dikenal pasti di Malaysia setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdulah ia berikutan kes melibatkan seorang penggunting rambut warga Pakistan baru-baru ini masih kekal satu kes positif COVID-19.

Jelasnya, daripada 31 saringan ke atas kontak rapat yang dijalankan, 29 negatif COVID-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan.

"Sebelum ini terdapat 40 kontak rapat dikesan. Namun setelah disiasat, terdapat beberapa telah dikenal pasti bukan kontak rapat sebenarnya kerana mereka tidak mendapat perkhidmatan gunting rambut berkenaan. Jumlah individu yang disaring ialah 31 orang yang ada kaitan.

"Kita sudah lakukan ujian COVID-19 ke atas 29 kontak rapat dan mereka dikesan negatif dan ada dua lagi masih menunggu keputusan. Jadi, setakat ini, kita tiada kluster gunting rambut . Hanya ada satu sahaja positif COVID-19," katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.

BACA: Mungkin ada 'kluster gunting rambut' jika ramai positif COVID-19