Bencana Kim Kim: Beberapa suspek memiliki rekod jenayah - KPN

Bencana Kim Kim: Beberapa suspek memiliki rekod jenayah - KPN
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, kesemua sembilan lelaki warga tempatan yang direman sehingga Sabtu ini, merupakan pekerja di beberapa syarikat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beberapa suspek yang ditahan berhubung pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang mempunyai rekod jenayah.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, kesemua sembilan lelaki warga tempatan yang direman sehingga Sabtu ini, merupakan pekerja di beberapa syarikat.

Pada masa sama Mohamad Fuzi juga tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan lain bagi membantu siasatan kes berkenaan.
BACA: Bencana Kim Kim: 9 suspek ditahan bantu siasatan kes pencemaran sisa kimia

“Mereka ini bekerja dengan syarikat-syarikat tertentu dan ada juga terlibat dengan elemen-elemen jenayah.

“Jadi siasatan kita, apa yang penting pada ketika ini bukan isu lain (melainkan) jenayah alam sekitar yang melibatkan mereka. Itu keutamaan kita.

“Hal-hal lain, itu kita akan tentukan kemudian. Jadi proses siasatan seperti mana yang saya sebut ni sedang dipergiatkan oleh pegawai-pegawai saya di semua peringkat khususnya di Johor dan Bukit Aman, yang mana diselarakan oleh Bukit Aman,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Semalam, Mohamad Fuzi memaklumkan sembilan lelaki ditahan pada Ahad dan dua daripada mereka ditahan di Johor sementara tujuh lagi di luar negeri itu.






Tag: bencana kim kim, suspek dalang pencemaran, pencemarah bahan kimia, Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, suspek memiliki rekod jenayah, Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun, sembilan lelaki warga tempatan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.