Polis Johor mengumumkan sedang giat mengesan seorang lagi suspek kes pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata suspek dipercayai pemilik syarikat dan juga orang dikehendaki polis.

"Seorang lelaki Cina warga Singapura yang memiliki kilang kini dalam senarai orang yang dikehendaki.

"Kami menunggu bantuan Singapura untuk tangkap lelaki terbabit," kata Mohd Khalil.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, di sini, pada Ahad.

Sejak kejadian berlaku, 11 individu berjaya ditahan dengan tiga daripadanya dihadapkan ke mahkamah hari ini, manakala bakinya dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 34b (1) (a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.