Seorang individu di laman Datuk Seri Najib Tun Razak sinis 'menyalahkan' bekas Perdana Menteri keenam itu apabila kucingnya dikatakan tidak tahu turun pokok.

Individu itu, Sulaiman Akhlaken menjelaskan terpaksa memanggil bomba untuk membantu menurunkan kucingnya itu.

"Datuk Seri, semalam kucing saya panjat pokok kemudian tak tahu nak turun, terpaksa panggil bomba. Ini semua salah Datuk Seri."

Lebih menarik apabila hantaran komennya itu dibalas Najib dengan ayat jenaka namun tetap penuh nada sinis.

"Itulah... benda boleh salahkan Najib buat apa nak salahkan kucing..."

Jawapan Najib itu menerima beratus-ratus like selain balasan pengguna lain yang terhibur dengan jawapan itu sendiri.

Lebih menarik apabila hantaran komennya itu dibalas Najib dengan ayat jenaka namun tetap penuh nada sinis.

Dalam posting asal, Najib mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keuntungan yang bakal diperolehi dari Projek Bandar Malaysia.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, projek berkenaan boleh mengukuhkan nilai ringgit, memberi impak yang besar ke atas ekonomi Malaysia dan bakal menjadi hab global untuk menarik lebih banyak kewangan global, teknologi dan firma keusahawanan berimpak tinggi.

Cadangan pembangunan bandar itu adalah hasil Najib semasa pemerintahannya.

Najib di akhir cacatan Facebooknya turut mengakui 'reda' dengan perkembangan terkini itu.