Berang akibat tidak mendapat wang, seorang lelaki tergamak mengugut ibu kandungnya dengan menggunakan parang dalam kejadian dirumah mereka di Taman Kuala Bekah, Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Rabu, lelaki berusia 24 tahun itu mengamuk selepas ibunya berusia 50 tahun enggan memberikan wang yang dipinta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisoner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek telah mengacukan parang dan mengugut mahu mencederakan ibunya menyebabkan mangsa ketakutan dan terus melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati kejadian ini bukan kali pertama berlaku dan suspek yang tidak bekerja sering mengamuk apabila tidak mendapat wang daripada ibunya.

Noorzainy berkata, suspek yang mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah itu telah melarikan diri.

Sehubunngan itu, polis kini sedang giat berusaha mengesan Mohamad Nasharudin Mohamad Nazari sedang dilakukan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan .

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.