Kenaikan harga barang sememangnya tidak dapat dielak seiring dengan kepesatan pembangunan sesebuah negara.

Namun ramai yang mempertikaikan kenaikan ini tidak setara dengan peningkatan pendapatan yang lembab.

Walaupun kerajaan melakukan pelbagai pemantauan dan mengeluarkan amaran, harga barangan atau lebih tepat, kos sara hidup didapati masih tetap meningkat.

Pengumuman pemansuhan subsidi gula pula disambut dengan berita kenaikan harga makanan dan minuman yang turut disumbang oleh kenaikan harga minyak.

Namun, sejauh manakah kesudian kita untuk masih membelanjakan wang dan makan di luar? Sertai tinjauan AstroAWANI dengan mengundi melalui poll di bawah.