Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bersetuju untuk berdebat dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR penggal 2018/21.

"Saya cukup bersedia untuk berdebat. Jika saya menolak, ia sesuatu yang memalukan kerana UMNO telah melakukannya sebelum ini.

"Saya rasa perdebatan satu budaya yang sangat bagus dan saya bersedia bila-bila masa sahaja," kata beliau ketika ditemu bual dalam dalam program khas #100HariMalaysiaBaharu, Rabu malam.



BACA: Pemilihan PKR 2018/21: Spekulasi berakhir, Rafizi sah cabar Azmin

BACA: Bertanding dalam suasana adik-beradik, elak dendam - Rafizi

Sebelum ini, Astro AWANI pernah membawakan sesi debat antara calon-calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, Khairy Jamaluddin & Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Jun lalu.