Berikutan gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 pada skala richter yang menggegarkan Sabah pada jam 7.15 pagi tadi telah mengakibatkan banyak kejadian runtuhan tanah berlaku selain turut menjejaskan beberapa kawasan bandar dan perumahan.

Sehingga jam dua petang Jumaat, Kementerian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin mengatakan sebanyak 15 gempa bumi susulan berskala lemah dapat dirasai penduduk di kawasan Ranau.

Pegawai Meteorologi Bahagian Khidmat Korporat dan Komersil Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Sherizan Darus berkata terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan bahaya terhadap gempa bumi.

LIHAT ALBUM: GEMPA BUMI RANAU

"Gempa bumi yang kuat boleh menyebabkan kematian, kecederaan dan kerosakan. Langkah-langkah yang diambil hanya boleh mengurangkan kesan bahaya terhadap gempa bumi.

"Penting bagi kita untuk saling bantu membantu antara satu sama lain apabila gegaran berlaku," jelas beliau ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan bahaya terhadap gempa bumi seperti yang disediakan oleh MetMalaysia:

A) SEMASA GEMPA BUMI

Jika anda di dalam bangunan :

Jika anda berada di dalam bangunan tinggi :

Jika anda di luar bangunan :

Jika anda berada di laluan pejalan kaki berhampiran bangunan :

Jika anda berada di dalam pasaraya yang sesak :

Jika anda di dalam kereta yang bergerak :

B) SELEPAS GEMPA BUMI


BACA :
Barang terjatuh, dinding di berek polis di IPD Ranau Retak- Saksi
Gempa Sabah: Penduduk Ranau dinasihatkan berwaspada terhadap gegaran susulan
'Bagai ada tangan gergasi yang menggoncang katil' - warga Sabah