Warga FELDA diharap memberikan kepercayaan penuh dan sedikit masa kepada kerajaan baharu dalam usaha untuk memulihkan semula agensi tersebut berikutan kecelaruan pengurusan dan hutang melebihi RM8 bilion.
Dengan usaha optimis yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Datuk Mazlan Aliman berkata beliau yakin kehidupan peneroka Felda akan kembali baik pada masa akan datang.
“Saya percaya bukan sahaja isu penyelewengan didedahkan tetapi apakah pelan pemulihan yang akan dilakukan (oleh kerajaan). Insya-Allah saya harap masyarakat Felda dapat bersabar dan berikan sedikit ruang dan masa kepada kerajaan baharu untuk kerajaan melakukan reformasi kepada kehidupan mereka.
“Saya optimis dengan pengumuman pada hari ini (pembentangan Kertas Putih), ia akan menjadi detik yang penuh bersejarah bagi kita melangkah pada satu era yang baru dan sama-sama kita dalam satu pasukan untuk bergerak ke depan dengan penambahbaikan,”katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membentangkan Kertas Putih Felda selepas sesi pertanyaan lisan persidangan Dewan Rakyat.
Kertas Putih dengan tajuk Ke Arah Kelestarian FELDA itu antara lain mengemukakan usaha kerajaan melaksanakan pelan pemulihan jangka pendek, sederhana dan panjang ke arah kelestarian Felda seperti yang dibentangkan dalam Kertas Perintah Bil 6 Tahun 2019.
Mengulas lanjut, Mazlan turut menyarankan agar kerajaan menyemak semula Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (GSA) 1960 bagi memastikan sistem pewarisan dalam kalangan peneroka Felda menjamin generasi peneroka.
Katanya, ini penting agar pengiktirafan tidak hanya diberikan kepada peneroka asal sebaliknya kepada generasi kedua dan ketiga, yang dilihat kini memilih untuk meninggalkan kawasan tanah rancangan Felda.
“Saya dapati isunya adalah apabila mahu mereformasi nanti kita kena semak balik Akta GSA di mana di bawah akta ini sehingga hari ini tidak dilakukan pindaan menyebabkan status (generasi) yang ada di Felda ini yang mendapat pengiktirafan adalah peneroka asal.
“Jadi, maknaya dalam hal ini satu reformasi dan pindaan harus dibuat kemudian Felda itu sendiri harus dilihat semula supaya pengiktirafan kepada generasi kedua dan ketiga dilakukan segera,” katanya.
Hasimi Muhamad
Wed Apr 10 2019
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Datuk Mazlan Aliman berkata beliau yakin kehidupan peneroka FELDA akan kembali baik pada masa akan datang. Gambar BERNAMA
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Beri masa kerajaan PH baik pulih Felda - Pengerusi ANAK
Warga FELDA diharap memberi kepercayaan penuh dan sedikit masa kepada kerajaan baharu.