Lebih ramai wanita perlu diketengahkan dan diberi jawatan dalam barisan Kabinet dalam usaha membantu membangunkan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata bagaimanapun, ia terpulang kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membariskan anggota Kabinet berdasarkan keperluan pembangunan negara.
Dr Wan Azizah berkata pihaknya telah menyerahkan senarai cadangan nama anggota Kabinet kepada Dr Mahathir.
"Beliau (Dr Mahathir) telah beritahu perlukan sedikit masa (untuk menamakan barisan Kabinet) kerana pembahagian perlu dibuat berdasarkan empat parti (dalam Pakatan Harapan).
"(Pembahagian) ini supaya semua parti dapat merasai kemenangan itu dan sama-sama bertanggungjawab memikul amanah membangunkan negara," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Selain Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dua lagi anggota wanita dalam Kabinet ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Terdahulu, Dr Wan Azizah menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Hang Tuah Jaya di Bukit Baru di sini, yang dihoskan Anggota Parlimen kawasan itu Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari turut memeriahkan majlis itu, yang turut dihadiri lebih 1,000 tetamu.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata beliau berkesempatan memberitahu Mohd Khalil tentang hala tuju negara menerusi kerajaan Pakatan Harapan dan Yang Dipertua Negeri Melaka itu memberikan maklum balas yang positif tentangnya.
"Beliau (Mohd Khalil) sedia bekerjasama erat dengan Ketua Menteri (Adly) untuk membawa Melaka ke tahap yang baharu," katanya.
Ditanya mengenai spekulasi Tan Sri Rais Yatim dan Hannah Yeoh dinamakan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Wan Azizah berkata perkara itu di luar pengetahuannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 22 2018
Mohd Khalil bersalaman dengan Dr Wan Azizah ketika menghadiri Rumah Terbuka Jamuan Raya Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Md Akin di Bukit Baru malam tadi. Turut hadir, Adly (kanan). --fotoBERNAMA
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta
PLKN 3.0 dijangka melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan
Kementerian Pertahanan melaksanakan enam projek pembangunan di kem tentera yang terletak di sepanjang pantai barat Sabah dan Labuan.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
AWAN perlu sedia pelan tindakan Wanita Amanah bagi hadapi PRU16 - Adly
Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) perlu menyediakan Pelan Tindakan Wanita Amanah.
Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
Mindef sasar lebih 8,000 rumah keluarga siap pada 2025
Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan lebih 8,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) siap dibina menjelang 2025.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.
Mindef bina Hospital Kem Terendak baharu bernilai RM325 juta tahun depan
Projek hospital dengan kapasiti 150 katil ini telah diluluskan tahun lepas dengan kos dianggarkan kira-kira RM325 juta.