ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 11 Jun 2020.

1) Alhamdulillah, dah boleh kembali berjemaah di masjid

Semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan, akan dibuka bagi Solat Jumaat dan solat berjemaah mulai 12 Jun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

2) Pakde, Makde, simpan duit haji untuk tahun depan ya ...

Kerajaan hari ini memaklumkan bahawa ibadah Haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim 1441 Hjirah ditangguhkan.

3) Bila keadaan lebih baik, bukan warganegara boleh turut bersolat jemaah

Keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti beribadah di masjid, surau Jumaat, dan surau di Wilayah Persekutuan hanya kepada warga negara, tidak bermaksud mereka cuba menidakkan hak umat Islam yang bukan warganegara Malaysia.

4) Ini garis panduan kapasiti solat Jumaat dan solat berjemaah sepanjang PKPP

Berikut merupakan Garis Panduan Perluasan Kapasiti Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) untuk masjid, Surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan.

5) COVID-19: 31 kes baharu, 51 kes sembuh sepenuhnya

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 31 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini setakat 12 tengah hari Khamis, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia adalah adalah sebanyak 8,369 kes.

6) Perlu 28 hari tanpa kes baharu untuk isytihar bebas COVID-19 - Dr Noor Hisham

Negara hanya boleh diisytihar bebas daripada penularan COVID-19 sekiranya merekodkan sifar kes baharu untuk tempoh 28 hari iaitu dua kitaran inkubasi.

7) Lebih 1,000 sekolah tahfiz tidak berdaftar, KKM terus lakukan aktiviti pengesanan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan kira-kira 1,000 pusat tahfiz masih belum berdaftar.

8) Sarawak sediakan pesawat 'sewa khas' pesawat bawa balik guru dari Semenanjung

Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi bersama Sarawak Volunteers akan bantu para guru dari semenanjung untuk kembali berkhidmat di Sarawak.

9) Yang dikuarantin wajib, jangan sesekali tanggal 'wristband' - Ismail Sabri

Mereka yang sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing dingatkan supaya tidak menanggalkan wristband atau gelang tangan khas pengesanan COVID-19 sepanjang menjalani prosedur berkenaan.

10) Lapan warga asing ditahan guna Mykad palsu hadiri temu duga kerja

Cubaan lapan individu warga Indonesia menggunakan Mykad palsu untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah kilang di Klang, membawa padah apabila ditahan polis pada Rabu.