ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 15 Jun 2020.

1) Bayi sembilan bulan antara kes terbaharu COVID-19

Sebanyak 41 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,494 kes.

2) COVID-19: Satu lagi kluster baharu babitkan pusat jagaan warga emas Kuala Selangor

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan satu lagi kluster baharu membabitkan pusat jagaan warga emas Kuala Selangor dikesan di negara ini.

3) COVID-19: Kapasiti, keupayaan makmal ujian saringan meningkat hampir 35,000 sehari

Kapasiti dan keupayaan makmal ujian sampel saringan dan pengesanan COVID-19 di negara ini meningkat kepada hampir 35,000 kes sehari.

4) Rakyat Malaysia disaran buat saringan COVID-19 di luar negara sebelum pulang ke Malaysia

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara disaran membuat saringan COVID-19 sebelum pulang ke Malaysia. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu membuat saringan berkenaan tiga hari sebelum pulang ke Malaysia dan menunjukkan surat pengesahan apabila tiba di pintu kawalan masuk.

5) Rakyat Malaysia ingin masuk Sabah tidak perlu ujian COVID-19

Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan semua rakyat di negara ini untuk memasuki Sabah tanpa perlu menjalani ujian COVID-19, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.

6) Tindakan James, Limus bukan demi rakyat tetapi kepentingan sendiri - Warisan

Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas adalah tindakan demi kepentingan diri masing-masing dan bukannya rakyat.

7) Masjid, surau di seluruh Wilayah Persekutuan dibuka semula, kecuali zon merah

Kerajaan bersetuju membenarkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibuka semula kecuali yang berada di kawasan zon merah.

8) Gambar Agong santap roti tempayan di gerai curi tumpuan

Bukan hanya terkenal dengan sikap yang prihatin bahkan, baginda juga tidak kekok menjalani kehidupan yang santai. Demikian keperibadian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah yang lazimnya digambarkan oleh rakyat jelata.

9) Kedudukan Malaysia yang strategik sesuai jadi hub e-sukan

Lokasi yang strategik, terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi membuatkan Malaysia sesuai menjadi hub bagi e-sukan.

10) Rogol berkumpulan: 4 pelajar sekolah antara 5 direman bantu siasatan

Lima lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah direman bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.