ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 22 Jun 2020.

1) 15 kes baharu, tiada kematian - KP Kesihatan

Kes jangkitan COVID-19 baharu kekal pada angka dua digit dengan 15 kes direkodkan setakat pukul 12 tengah hari Isnin.

2) Tidak perlu PKPD di Labu Lanjut - Dr Noor Hisham

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak perlu dilaksanakan di Labu Lanjut, Sepang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

3) KKM akan lakukan kajian antibodi bekas pesakit COVID-19

Satu kajian berhubung antibodi bekas pesakit COVID-19 akan dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa terdekat.

4) Riadah kolam renang, pawagam, mesyuarat dibenarkan - Ismail Sabri

Semua aktiviti melibatkan riadah kolam renang, pawagam serta mesyuarat akan dibenarkan bermula 1 Julai ini.

5) Jualan kenderaan turun 62 peratus pada Mei 2020 - MAA

Jualan kenderaan di Malaysia merosot sebanyak 62 peratus kepada 22,960 unit pada Mei 2020 daripada 60,760 unit pada bulan sama tahun lepas.

6) Mahu beralih ke ekonomi gig? Ini cabaran, nasihat yang perlu anda tahu

Zaman kini serba canggih dan teknologi menguasai dunia. Maka, serba-serbi turut berubah termasuk dunia pekerjaan yang terkena tempiasnya, dan kini mengalami transformasi.

7) Bayi dua bulan disembur racun oleh bapa kandung hanya kerana tidak berhenti menangis

Hanya kerana tidak tahan mendengar tangisan si kecil, seorang bapa menyembur racun serangga ke muka anak lelakinya yang berusia dua bulan.

8) Polis tahan dua lelaki Rohingya jadi tekong darat sindiket

Polis menahan dua lelaki Rohingya yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia dalam serbuan di Kampung Alor Mengkudu, di sini, malam Ahad.

9) Jakim terus pantau kiriman yang menghina Islam dan Rasulullah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus memantau sebarang kiriman dalam talian yang didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

10) Calon PRK Chini tidak lepas peluang bertemu pengundi

Kempen normal baharu menjadi cabaran setiap calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini.