ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 20 Julai 2020.

1) Pesanan "abah" dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) antara lain menzahirkan kebimbangan susulan 13 kluster baharu dikesan sepanjang PKPP.

2) "Saya selalu pesan elak berjabat tangan, tapi sekarang ada yang berpeluk..." - Muhyiddin

Amalan norma baharu yang diterapkan dalam usaha mencegah penularan COVID-19 perlu kekal diteruskan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

3) COVID-19: Satu lagi kluster baharu dikesan, berikut tumpuan kenyataan media KKM

Satu lagi kluster baharu dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor.

4) Malaysia masih catat peningkatan dua digit, 21 kes baharu positif COVID-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, 15 adalah kes penularan dalam negara.

5) PKPP: Ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri pada Isnin

Berikut perkembangan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sudah memasuki hari ke-39 menerusi kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

6) Kerajaan pertimbang wajib pakai pelitup muka di tempat awam

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian mengenai perkara tersebut akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.

7) Mural gergasi pemimpin negara terpaksa dipadam akibat vandalisme

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengambil tindakan awal dengan mengecat semula dinding terbabit dengan warna putih.

8) Sultan Selangor anggap tindakan conteng mural pemimpin negara bermotif politik kebencian

Dalam catatan terbaharu di Facebook rasmi Istana Alam Shah, baginda bertitah, contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noorhisham Abdullah, serta beberapa pemimpin lain sebagai perbuatan yang sangat biadab.

9) Al Jazeera tiada lesen hasilkan dokumentari kontroversi - FINAS

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyebut, itu adalah hasil siasatan pihaknya yang dilakukan selepas dokumentari berkenaan disiarkan.

10) Sabah anjur pelancaran Bulan Kebangsaan dengan SOP, norma baharu 28 Julai ini

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata pematuhan SOP itu termasuk mengehadkan tetamu jemputan kepada 250 orang pada pelancaran yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah tersebut.