ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 22 Julai 2020.

1) Ini 11 garis panduan, SOP untuk umat Islam diwujudkan sepanjang PKP

Sejumlah 11 garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

2) PKPP: Perpustakaan terap pelbagai inisiatif, ikut SOP

Sebahagian besar perpustakaan awam di seluruh negara telah mula beroperasi kembali dengan pelbagai pendekatan dan inisiatif dalam normal baharu diperkenalkan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bertujuan mengekang wabak COVID-19.

3) 40 jemaah tabligh terkandas di India dibawa pulang hari ini - Ismail Sabri

Seramai 40 rakyat Malaysia yang terkandas di India dijadual kembali ke tanah air hari ini (Rabu) menerusi penerbangan komersial Air India Express.

4) Lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 72 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setakat 21 Julai.

5) Kerajaan dalam proses akhir wartakan pemakaian pelitup separuh muka - Timbalan menteri

Kerajaan kini dalam proses akhir sebelum mewartakan arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam bagi mengekang penularan COVID-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

6) Parlimen: Penjarakan sosial jemaah solat Jumaat dikekalkan buat masa ini

Penjarakan sosial di antara jemaah dalam solat Jumaat akan dikekalkan buat masa ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

7) KKM kenal pasti dua lagi kluster baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia KKM telah mengenal pasti dua lagi kluster baharu yang telah menjangkiti enam individu.

8) COVID-19: Melaka tidak benarkan hotel dijadikan pusat kuarantin

Kerajaan negeri Melaka tidak akan membenarkan hotel dijadikan pusat kuarantin COVID-19 bagi mengelak sektor pelancongan, antara penyumbang utama ekonomi negeri, terjejas.

9) Lima perkara penting dalam kenyataan media Kementerian Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 16 kes positif COVID-19 baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,831 kes.

10) 16 kes baharu COVID-19 hari ini - KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 16 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Rabu, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,831 kes.