ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 24 Julai 2020.

1) COVID-19: 23 kes baharu dicatat, 17 kes adalah penularan dalam negara

Malaysia terus mencatatkan dua angka kes positif COVID-19 selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 23 kes positif direkodkan setakat 25 Julai 2020.

2) Dua lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat dua buah kluster baharu yang dikenal pasti pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kluster masih aktif di Malaysia sebanyak 21 kluster.

3) SOP PKPP diketatkan semula

Kerajaan hari ini bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).

4) COVID-19: Kuching kembali diisytihar zon merah

Kes yang semakin meningkat disebabkan Kluster Sentosa menyebabkan Kuching kini kembali diisytiharkan sebagai Zon Merah. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan perkara tersebut dalam laman Facebook rasminya pada Sabtu.

5) Ingkar PKP: PDRM tahan 330 individu

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 23 individu direman manakala tiga lagi individu dijamin dan 304 individu dikenakan kompaun.

6) Guan Eng tinggalkan SPRM selepas tujuh jam beri keterangan

Selepas tujuh jam, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selesai memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

7) COVID-19: Peningkatan mendadak kes positif, JPBN Sarawak adakan mesyuarat khas esok

Penguatkuasaan larangan perjalanan antara isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak pada Ahad susulan perkembangan terkini COVID-19 di Kuching.

8) Parti baharu, sertai parti lain: Tunggu keputusan mahkamah - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pembatalan keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

9) Khalid Jamlus jual Kasut Emas RM99,999

Teka-teki mengenai siapa pemilik baharu trofi Kasut Emas bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus akhirnya terjawab apabila ia sah menjadi milik seorang individu dari Selangor.

10) Tiada lagi video masakan S. Pavithra di Youtube

Youtuber masakan terkenal, S. Pavithra dipercayai telah memadamkan semua video masakan yang pernah dimuat naik di laman YouTube miliknya, Sugu Pavithra pada Sabtu.