ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 27Julai 2020.

1. 7 kes baharu COVID-19, 1 pulih dan tiada kematian

Kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali ke satu angka dengan tujuh kes dilaporkan pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 8,904 kes.

2. Tiada sekatan negeri, semua boleh balik kampung!

Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri mahupun daerah untuk orang ramai pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

3. Kemungkinan tsunami gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia tetap ada jika..

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tsunami atau gelombang ketiga COVID-19 boleh berlaku di Malaysia jika rakyat tidak patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

4. Sugu Pavithra bakal buat kemunculan semula

Peminat YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra' boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.

5. Kes SRC - Najib bebas, didenda atau dipenjara?

Selepas lebih dua tahun, nasib bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal terjawab pada Selasa.

6. Orang ramai tidak digalakkan pakai pelitup muka fabrik satu atau dua lapis

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pelitup muka fabrik yang hanya mempunyai satu atau dua lapisan.

7. Notis amaran buat penghuni PA, PPR, yang pasang jeriji besi halang laluan - DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi notis amaran kepada penghuni di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR), yang memasang jeriji besi dan meletakkan halangan di kaki lima rumah masing-masing.

8. Najib, Rosmah periksa lebih 400 jam, 300 beg tangan hujung minggu lepas

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences, pada Mei 2018.

9. Culik kanak-kanak, tiga individu dipenjara tiga tahun enam bulan

Tiga individu termasuk seorang wanita masing-masing dihukum penjara tiga tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menculik seorang kanak-kanak perempuan, dua tahun lepas.

10. Moratorium: Bank, pelanggan perlu sentiasa berkomunikasi

Orang ramai dinasihatkan agar membuat perbincangan dengan bank masing-masing berkenaan komitmen pinjaman mereka, bukan sahaja semasa tempoh moratorium berjalan tetapi juga selepas ia berakhir kelak.