ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 28 Julai 2020.

KES SRC INTERNATIONAL

1) Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.

2) 'Saya sangat kecewa' - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan kekecewaan beliau terhadap keputusan penghakiman berhubung tuduhan membabitkan RM42 juta milik SRC International Berhad dan memaklumkan pasukan pembelaannya akan melakukan rayuan secepat mungkin.

3) Bukti institusi kehakiman bebas dan berkecuali - Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan menghormati keputusan mahkamah yang mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan itu.

PERKEMBANGAN COVID-19

4) Sarawak catat 25 kes, Kuching kini zon merah

Kes COVID-19 di Sarawak mencatat penambahan 25 lagi kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu kini mencecah 675 kes.

5) Kluster Sivagangga dan Kluster Satok dikesan - Dr Noor Hisham

Dua lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti di Kedah dan Sarawak membabitkan sembilan individu dikesan positif, setakat ini.

6) Statistik COVID-19 hari ini: 39 kes positif baharu!

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, daripada 28 kes penularan tempatan, 22 adalah dalam kalangan warganegara Malaysia manakala enam lagi adalah warga asing.

7) Malaysia mungkin dapat akses vaksin COVID-19 dari China - Khairy

Malaysia mungkin mendapat akses vaksin COVID-19 dari China sekiranya Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati ia selamat dan berkesan untuk digunakan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.

8) PKPP: Ini lima perkara penting dalam kenyataan media PKPP hari ini

Berikut lima tumpuan dalam kenyataan media PKPP hari ini.

LAIN-LAIN

9) Fokus tadbir negara, bukan siapa PM seterusnya - Shafie Apdal

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata pendiriannya itu telah disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka di bangunan Parlimen baru-baru ini, termasuk mengenai cadangan pencalonannya sebagai perdana menteri.

10) Agong berkenan lawat Zoo Negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melawat Zoo Negara hari ini.