ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 2 Ogos 2020.

1) Kluster Sivagangga: Kedah laksanakan TEMCO, 5 buah sekolah ditutup

Kerajaan negeri Kedah telah memutuskan untuk melaksanakan 'Targetted Enhancement Movement Control Order' (TEMCO) di 4 mukim yang terjejas susulan penambahan 11 kes aktif COVID-19 bagi kluster Sivasanggara, hari ini.

2) Kluster Sivagangga: Dua pelajar sekolah rendah dikesan positif COVID-19

Dua pelajar sekolah rendah berusia tujuh dan 10 tahun disahkan positif COVID-19 pada Ahad selepas mendapat jangkitan daripada pesakit ke-8,975 dan pesakit ke-8,976 daripada Kluster Sivagangga di Kedah.

3) Kejar dapatkan Tun M sekadar bertegur ucap Selamat Hari Raya - Azmin

Tindakan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba mengejar dan mendapatkan Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Putra, Putrajaya kelmarin hanya sebagai ingin menunjukkan rasa hormat beliau kepada bekas perdana menteri itu dan tidak harus dipolitikkan.

4) 315 individu ditahan ingkar PKP - Ismail Sabri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 315 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

5) COVID-19: 13 kes penularan tempatan, 11 kes dari Kluster Sivagangga

Malaysia merekodkan 14 kes baharu positif COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Ahad dengan 13 daripadanya merupakan kes penularan tempatan, dan hanya satu kes import.

6) Pengguna Lebuhraya KLK diminta jangan solat di lorong kecemasan

Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dinasihat agar tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya itu atas faktor keselamatan.

7) Kes Najib: Menteri Undang-undang nafi hina keputusan mahkamah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan menafikan telah menghina mahkamah dan mempertikaikan hakim berhubung kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

8) Polis cadang hadkan kemasukan ke Teluk Cempedak supaya penjarakan fizikal dipatuhi

Polis akan mengemukakan cadangan supaya kemasukan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak di sini, dihadkan terutamanya pada hujung minggu bagi memastikan aspek penjarakan fizikal dapat dipatuhi.

9) 131 rakyat Malaysia terkandas di Yaman tiba di tanah air - Wisma Putra

Kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 131 orang yang dilaporkan terkandas di Yaman sejak Mac lepas susulan pandemik COVID-19, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat sewaan khas Egypt Air pada 8.34 pagi tadi.

10) Azwanddin umum letak jawatan presiden JMM

Datuk Azwanddin Hamzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkuat kuasa hari ini.