ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 6 Ogos 2020.

1) Guan Eng ditahan SPRM, didakwa esok

Perkara itu disahkan SPRM selepas bekas menteri kewangan itu hadir sekali lagi ke ibu pejabat suruhanjaya tersebut pada jam 9.10 malam tadi.

2) Kluster Sivagangga dibimbangi berkemungkinan 'super-spreader' - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, kajian teliti perlu dibuat memandangkan kluster tersebut merebak dengan sangat cepat berbanding sembilan kluster aktif yang lain.

3) Harga pelitup muka akan diturunkan lagi daripada RM1.20 - Menteri

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bahawa harga siling pelitup muka yang kini ditetapkan pada harga RM1.20 mulai 15 Ogos ini akan dikurangkan lagi dalam tempoh terdekat.

4) Kertas siasatan 31 individu ingkar kuarantin wajib diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia selepas siasatan selesai dan diserahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan susulan.

5) Hanya kerana satu individu langgar kuarantin, COVID-19 menular dalam komuniti

Situasi hampir sama turut berlaku di Malaysia apabila tindakan seorang lelaki melanggar arahan kuarantin di rumah mengakibatkan wujudnya satu kluster baru iaitu Kluster Sivagangga di Kedah yang kini merekodkan 30 kes positif COVID-19.

6) PRK Chini, Slim penanda aras untuk SOP pilihan raya di Sabah

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan PRK DUN Chini dan bersedia untuk menambah baik SOP sedia ada.

7) Bubar DUN Sabah: Musa Aman bawa ke mahkamah

Kesemua wakil rakyat berkenaan telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN, baru-baru ini.

8) Hishammuddin mohon maaf, mengaku hisap 'vape' dalam Dewan Rakyat

Permohonan maaf itu dikemukakan Menteri Luar tersebut menerusi akaun Twitter miliknya dengan membalas hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial itu yang dikenali sebagai Mhd Shamin.

9) Kerajaan lancar kempen Pembudayaan Norma Baharu Ogos ini - Ismail Sabri

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kempen itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sukan Pagoh, pada 8 Ogos ini.

10) Isu bendera terbalik: KKMM, KPN adakan kempen hormati Jalur Gemilang - Halimah

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohd Sadique berkata Menteri KKMM, Datuk Saifuddin Abdullah sudah mengambil maklum mengenai perkara tersebut kerana isu berkenaan terletak di bawah kementeriannya.