ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 7 Ogos 2020.

1) COVID-19: Surau Al-Jannah, Shah Alam diarah tutup

Semua operasi surau termasuk solat fardu Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan di surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta.

2) COVID-19: Malaysia catat 25 kes baharu, 15 kes pulih

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 25 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat.

3) COVID-19: 12 lagi kes baharu Kluster Sivagangga dikesan

12 daripada 25 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan dalam negara pada Jumaat dikesan daripada Kluster Sivagangga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat.

4) 'Mana suapan wang ringgit, mana akaunnya?' - Guan Eng

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan beliau ada menerima suapan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

5) Tun Mahathir umum akan tubuh parti Melayu baharu

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang berasaskan kepada perjuangan Melayu.

6) 'Hak beliau untuk tubuh parti baharu' - Anwar Ibrahim

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil langkah tunggu dan lihat apabila diminta memberi komen berkaitan parti baharu yang akan ditubuhkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

7) Mayat pelajar asing ditemukan terapung di tasik The Mines

Mayat seorang pelajar warga China ditemukan dalam keadaan terapung di dalam tasik The Mines di Seri Kembangan, di sini, hari ini.

8) Anggota PGA maut dipercayai tertembak diri sendiri

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik rehat Markas Latihan Luar Tupah, Pusat Latihan PGA (PLPGA) di Bedong dekat sini, awal pagi tadi.

9) HSB kurangkan pembedahan bukan kecemasan, utamakan kes COVID-19

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan mengurangkan kes pembedahan bukan kecemasan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi memberi keutamaan kepada usaha menangani penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.

10) Tahniah! Fasha Sandha, Aidil Aziz selamat sambut kelahiran bayi perempuan

Suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz menerusi akaun Instagramnya memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan bayi mereka tengah hari ini.