ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 8 Ogos 2020.

1) Perlis laksana TEMCO di Kuala Sanglang

Kerajaan negeri Perlis melalui Jawatankuasa Keselamatan Negeri telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Secara Bersasar (TEMCO) di dua kampung di Sanglang.

2) Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis

Semua pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, Perlis akan menjani proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) secara atas talian bermula Isnin ini susulan penutupan kedua-dua sekolah itu.

3) COVID-19: 7 kes baharu tidak libatkan Kluster Sivagangga

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua tujuh kes baharu itu tidak melibatkan Kluster Sivagangga.

4) Malaysia dijangka mampu basmi kemiskinan menjelang 2030

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, satu pasukan ditubuhkan di Parlimen tahun lepas, bertujuan merangka agenda Pembangunan Mampan sekali gus melihat sejauh mana Malaysia mampu mencapat matlamat yang ditetapkan PBB itu.

5) Portal khas untuk warga Malaysia hilang kerja di luar negara

Kementerian Sumber Manusia akan mengumumkan sebuah portal khas Isnin ini, khusus untuk membantu warga Malaysia yang hilang pekerjaan di luar negara, ujar Menterinya Datuk Seri M. Saravanan.

6) Malaysia salur bantuan kemanusiaan RM1 juta kepada Lubnan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia yakin dan percaya rakyat di negara itu mampu mengatasi impak tragedi dan meneruskan kehidupan dengan kekuatan semangat dan perpaduan berterusan.

7) "Syukur, saya bukan lagi Perdana Menteri" - Tun M lega dapat ulas isu Kashmir tanpa sekatan

Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa syukur kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri pada masa ini. Tanpa jawatan itu, beliau memperoleh peluang untuk mengulas isu yang melanda Kashmir tanpa sebarang sekatan dan ancaman boikot.

8) Azmin sedia bantu PN tawan Sabah

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pasukannya bersedia membantu pakatan parti itu untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

9) "Kenapa samakan menantu saya seperti Rosmah?" - Kit Siang

Veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mengemukakan rayuan terbuka kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggugurkan pendakwaan pengubahan wang haram terhadap menantunya, Betty Chew.

10) Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian meninggal dunia

Berita tersebut disahkan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menerusi laman Twitter beliau. Menurut beliau, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Abdul Jalil masih berada di hospital