ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 10 Ogos 2020.

1) Belum ada kes jangkitan kali kedua COVID-19 setakat ini, tetapi...

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan kajian respon antibodi individu yang pernah terdedah COVID-19.

2) Malaysia tidak terpilih sebagai pusat ujian fasa ketiga percubaan vaksin COVID-19

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perbincangan sedang dijalankan bersama syarikat dan negara-negara yang membangunkan vaksin tersebut.

3) Wanita gelang merah jambu dikompaun curi keluar dari kawasan TEMCO

Dia yang berusia 30-an dikesan oleh pengurusan pasar raya terbabit beberapa hari lalu, sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

4) Nasi Kandar Salleh tidak dibenarkan kembali beroperasi

Itu penegasan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, selepas kerajaan negeri mengambil tindakan tegas ke atas pemilik Nasi Kandar Salleh di Napoh itu untuk tidak membenarkan premis itu kembali beroperasi.

5) KKM kata tutup, masih ada lagi yang nak daki Bukit Broga...

Seramai 28 individu yang mendaki Bukit Broga, Semenyih dikenakan tindakan selepas mereka ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

6) Kedai 'warga Acheh' sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan

Tinjauan Astro AWANI mendapati khemah-khemah peniaga yang diletakkan di atas tapak parkir seperti didedahkan dalam video ‘Asri Janggut’ baru-baru ini juga sudah tidak kelihatan.

7) Ini barulah 'Masyarakat dan Polis Berpisah Tiada'

Menerusi laman Facebook rasmi beliau, Abdul Hamid malah mengucapkan terima kasih kepada Mohd Asri kerana meluangkan masa bertemu dengannya di pejabat beliau di Kuala Lumpur.

8) Tindakan tegas ke atas anggota polis yang lindungi kegiatan haram - Menteri

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan, mereka akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin dan diambil tindakan yang sewajarnya.

9) Isu vape dalam Dewan Rakyat, Hishammuddin bayar kompaun

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau sudah membayar denda kerana menghisap vape ketika persidangan Parlimen, minggu lalu.

10) Cuaca panas normal, diramal berterusan hingga September

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, situasi itu berlaku berikutan angin Monsun Barat Daya kembali normal seperti tahun-tahun sebelumnya.