ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 25 Januari 2021.
1) COVID-19: 3,048 jangkitan baharu hari ini, KKM jangka PKP hanya 4 minggu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM juga dalam masa sama menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan selama tiga bulan untuk memastikan jumlah kes baharu turun ke dua angka.
2) PKPD di Penjara Taiping bermula esok
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, ia susulan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di lokaliti itu.
3) COVID-19: 3,048 kes baharu, 11 kematian - Dr Noor Hisham
Malaysia merekodkan sebanyak 3,048 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 186,849 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak lapan kes import dilaporkan mendapat jangkitan di luar negara.
4) Anwar dakwa kerajaan gagal kawal COVID-19
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana didakwa gagal mengawal COVID-19 di Malaysia.
5) Penyanyi lagu Ratnaku, Roy positif COVID-19
Penyanyi terkenal tanah air, Roy memaklumkan ujian saringan COVID-19 ke atas dirinya mendapati dia positif pandemik berkenaan.
Menurut penyanyi yang sangat popular dengan lagu Ratnaku itu, ujian tersebut juga mendapati dia berada di tahap keempat penyakit berkenaan dan sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.
6) MySejahtera Vaccination dilancar hujung bulan ini, pastikan vaksinasi lancar - KKM
Aplikasi MySejahtera akan dinaik taraf dengan menampilkan beberapa perincian baharu antaranya MySejahtera Vaccination yang dijangka dilancarkan akhir bulan ini.
7) "Kami kerja berpasukan, saya hanya penyampai" - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, keputusan membabit pandemik COVID-19 yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan hasil bersama pelbagai pakar di kementerian tersebut.
8) COVID-19: Kluster misi bantuan banjir dikenal pasti - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan 13 kluster baharu dikenal pasti pada Isnin melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster komuniti dan dua kluster melibatkan kumpulan berisiko.
Salah satu kluster membabitkan petugas misi bantuan banjir di Temerloh, Pahang.
9) PdPR: "Jika Ustaz Ebit Lew boleh beri peranti, kenapa KPM tidak?" - MBM
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) yang dilaksanakan sejak 20 Januari lalu mencetus pelbagai reaksi daripada pihak guru, ibu bapa dan murid.
Menurut Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhammad Fadzli Hasan, meskipun pelbagai pendekatan telah diambil kerajaan, namun, isu kekurangan peranti antara masalah utama dihadapi murid terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah.
10) JPBN Sarawak pinda SOP upacara pengebumian
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan hanya 50 orang secara maksimum sahaja dibenarkan menghadiri upacara dan maksimum 30 orang sahaja di tapak pengebumian di kawasan PKPB.
Nickyson Nyambar
Mon Jan 25 2021
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 April 2024.