ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Februari 2021.

1) COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy 

Ia sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi tiga hari lalu melalui aplikasi MySejahtera pada 24 Februari. 

2) COVID-19: 2,253 kes positif baharu, 11 kematian 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 2,246 kes membabitkan penularan tempatan manakala tujuh kes import. 

3) "Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 

Itu reaksi Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta berkongsi pengalaman menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera (HAT)Tuanku Mizan, Wangsa Maju hari ini. 

4) Pendaftar vaksin gagal hadir tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan 

Mana-mana individu yang mendaftar untuk menerima vaksin dan gagal hadir tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan. 

5) Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat - Exco Pemuda UMNO 

Menaikkan kadar kompaun dalam keadaan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak konsisten bukan saja akan menimbulkan kemarahan rakyat tetapi merupakan satu penderaan terhadap rakyat. 

6) Jadual peperiksaan sesi petang SPM dilewatkan 15 minit, berkuat kuasa 1 Mac 

Jadual peperiksaan sesi petang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dipinda dari pukul 2 petang kepada 2.15 petang, berkuat kuasa 1 Mac depan. 

7) Polis rekod keterangan Anwar Ibrahim

Polis merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada bulan lalu.

8) Pas tolak kumpulan tidak istiqamah dengan Islam - Abdul Hadi 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun menegaskan partinya boleh menerima golongan bukan Islam yang tidak ekstrem. 

9) Rentas sempadan boleh dipertimbang jika negara mencapai imuniti kelompok

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan Malaysia mampu mencapai imuniti kelompok dalam tempoh enam hingga sembilan bulan.

10) Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas

Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh di sini dalam usaha melarikan diri dari polis.