ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Mei 2021.

1. Dakwaan langgar SOP: Azmin dan Ummi Hafilda akan dipanggil beri keterangan - Polis

Menurut polis Putrajaya, siasatan awal mendapati, sambutan hari raya itu hanya dibuat dalam kalangan keluarga menteri itu sahaja dan tidak membabitkan pihak luar. 

2. Kematian Haziq akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat - Pakar forensik

Ia disahkan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik KKM Datuk Dr Zahari Noor menerusi kenyataan yang dikeluarkan selepas bedah siasat dijalankan. 

3. Selamatkan Palestin: Kerajaan negara Islam harus berani bangkit bertindak - Anwar

Anwar berkata, situasi ketika ini menunjukkan, usaha menyelamatkan Palestin tidak boleh diharapkan kepada badan dunia lantaran kelemahan negara Islam itu sendiri. 

4. Pertahan, bebaskan Palestin adalah satu kewajipan umat Islam - Hadi Awang

Kewajipan untuk mempertahankan Palestin dan membebaskannya adalah lebih besar tanggungjawabnya buat seluruh umat Islam.

5. Jenazah atlet memanah Haziq Kamaruddin selamat dikebumi

Allahyarham yang berusia 27 tahun dan berasal dari Johor Bahru itu dikebumikan pada jam 1.40 pagi di Tanah Perkuburan Taman Koperasi, Serkam, Melaka.

6. Jenazah Mohd Firas Naufal hilang ketika main jet ski ditemui

Kanak-kanak berusia 4 tahun itu berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat selepas lebih 15 jam dilaporkan hilang bersama bapanya.

7. 'Walk-in' tanpa janji temu, datang terlalu awal antara punca kesesakan di PPV WTCKL

Bakal penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) disarankan agar tiba di lokasi berkenaan antara 15 minit dan 30 minit dari masa yang ditetapkan.

8. Palestin terus dizalimi, Majlis Keselamatan PBB masih membisu - PM

Malaysia menzahirkan rasa kesal dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilihat masih membisu dalam menangani keganasan rejim Israel terhadap Palestin.

9. COVID-19: Malaysia rekod kematian tertinggi, 44 lagi dilaporkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memberitahu, sebanyak 43 kematian membabitkan warganegara manakala seorang lagi bukan warganegara.

10. Keganasan dilakukan rejim Zionis harus dicela masyarakat dunia - PM Muhyiddin

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Kerajaan Malaysia akan bersama-sama mengutuk dan mengecam sekerasnya tindakan Israel ke atas Palestin ketika ini.