ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 September 2021.

1. RM1 juta diluluskan bagi kerja pengukuhan tebing Sungai Kemensah

Peruntukan RM1 juta telah diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Kemensah serta lain-lain kerja yang berkaitan, susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height, Jumaat lepas.

2. Sabah tarik pelaburan RM11.2 bilion, buka lebih 5,000 peluang pekerjaan - Hajiji

Kerajaan Sabah berjaya menarik beberapa pelaburan dalam sektor pembuatan dan pelancongan di negeri itu dengan nilai RM11.2 bilion walaupun negara berdepan pandemik COVID-19.

3. Ku Li letak jawatan Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat UMNO

Tengku Razaleigh Hamzah meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat UMNO susulan kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

4. Dua pemancing hilang di jeti ditemukan lemas

Dua pemancing yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Jeti Mados Kampung Air Putih di sini, pada semalam ditemukan lemas hari ini.

5. COVID-19: 14,990 kes positif baharu, Selangor kembali catat kes tertinggi

Sejumlah 14,990 kes positif COVID-19 seluruh negara dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif kepada 2,142,924 kes.

6. Dewan Rakyat: KPM sediakan kit ujian kendiri di semua sekolah - Radzi

Kementerian Pendidikan (KPM) akan meyediakan kit ujian kendiri (test kit) di semua sekolah termasuk kit ujian berasaskan air liur di sekolah asrama penuh secara percuma apabila sesi persekolahan mula kembali dibuka nanti.

7. PPN: Negeri Sembilan, Pahang dan Johor beralih fasa bermula 24 Sept - PM

Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

8. Sudah boleh balik kampung dengan syarat 90 peratus vaksinasi dewasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.

9. AS$6 juta lesap: PDRM buka kertas inkuiri - Hamzah

Polis telah membuka kertas inkuiri mengenai kehilangan barang kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berjumlah AS$6 juta.

10. Sultan Selangor kecewa, dukacita warga agama tolak vaksin

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dan kecewa apabila hanya 203 daripada 873 orang guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), Ahli Jawatankuasa Masjid serta Jurunikah di Selangor hadir ke Program Vaksinasi Khas COVID-19 Frontliner Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) anjuran jabatan itu hari ini.