ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Mei 2022.

1. Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju langkah bailout digunakan untuk menyelamat Sapura Energy Berhad (SEB) yang berdepan kemelut kewangan.

2. Penubuhan jawatankuasa kerja banteras buruh paksa langkah wajar selesai isu minyak sawit, getah - Zuraida

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin mengalu-alukan keputusan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja dengan kerajaan Malaysia bagi menangani isu dakwaan buruh paksa.

3. Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP

Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

4. Status bangsa: Dr Mahathir mahu Zahid mohon maaf, ancam hendak saman

Dr Mahathir memberitahu beliau mahu menyaman Ahmad Zahid kerana mempertikaikan status kaumnya sebagai orang Melayu.

5. Aktifkan semula majlis khas, tangani isu jaminan makanan - Muhyiddin

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu makanan yang didepani pada ketika ini merupakan isu global yang turut memberi tempias kepada Malaysia.

6. MCA gantung keahlian Tee selama lima tahun

Beliau mendapat salinan surat penggantungan itu menerusi aplikasi WhatsApp daripada kakitangan parti, sehari sebelum sambutan Hari Wesak.

7. Tragedi lima penuntut USAS: Pemandu mengaku tidak bersalah pandu treler secara berbahaya

Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, hari ini atas tuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Khamis lalu.

8. Tourism Malaysia lancar Pelan Pemulihan Pelancongan 2022

Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 dan lagu Cuti-Cuti Malaysia versi kedua dalam usaha merancakkan sektor pelancongan domestik negara seiring Fasa Peralihan ke Endemik.

9. Sama ada Najib telah baca SMS bekas Pengerusi 1MDB tidak dapat dipastikan - Peguam

Peguam utama bekas perdana menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihak pembelaan malah tidak mempunyai salinan SMS yang dimaksudkan.

10. Dr Mahathir dakwa Zahid Hamidi risau kes jenayah dihadapinya di mahkamah

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyuarakan kerisauannya berhubung kes-kes jenayah yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu di mahkamah ketika mereka mengadakan beberapa pertemuan.