ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Mei 2022.

1. Inflasi makanan Malaysia dijangka dalam aliran meningkat - MIDF

Sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.

2. DUN Sarawak: 455 sekolah daif kategori kritikal dikenal pasti sehingga April 2022

Daripada jumlah itu 245 sekolah telah berada pada peringkat pelaksanaan dan perancangan merangkumi proses dokumentasi tender.

3. ADUN Sindumin sah sertai UMNO semula

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob secara rasminya menyertai UMNO semula.

4. Isu bekalan ayam: Kerajaan henti eksport ayam, wujudkan stok penimbal - Ismail Sabri

Kerajaan akan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan, bermula 1 Jun ini, sehingga harga dan pengeluaran ayam untuk kegunaan domestik kembali stabil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

5. Rogol anak tiri, pemuda OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan

Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan merogol anak tirinya dua tahun lalu.

6. Tiada sesen pun dana Yayasan Akalbudi datang dari kerajaan, pembayar cukai - Zahid Hamidi

Dana Yayasan Akalbudi datang dari wang sendiri serta hasil derma individu dan kumpulan tertentu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

7. TMJ cabar Sanusi dedah individu 'kawal' Liga Malaysia

Arena bola sepak Malaysia tidak pernah sunyi dengan kisah-kisah sensasi. Terbaharu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersuara berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini.

8. Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali

“Dia…bagai seorang pahlawan. “Menjadi pembela, pada yang tiada upaya…” Kanak-kanak yang membesar sekitar tahun 1990-an pasti biasa dengan lagu tersebut malah sehingga mereka sudah dewasa, lagu itu sebenarnya masih dekat di hati mereka.

9. Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman RM10 juta yang difailkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

10. Anwar, empat wakil rakyat dapat kebenaran merayu bagi cabar tindakan Muhyiddin

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat wakil rakyat hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu bagi mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen semasa tempoh darurat.